Anak perempuan dipukul suami, bapa menangis datang jemput pulang naik motor tua

Anak perempuan dipukul suami, bapa menangis datang jemput pulang naik motor tua

 

Apabila anak selamat bertemu jodoh, seorang ayah pastinya dapat menarik nafas lega kerana puteri yang dicintai kini mempunyai sosok pelindung.

Pun begitu, tidak semua perempuan bertuah merasai kasih sayang seorang suami. Lebih menyedihkan, pernikahan yang disangka akan bahagia malah bertukar menjadi ‘neraka dunia’.

Pahit untuk ditelan, namun itulah dugaan berat yang dihadapi seorang perempuan ini.

Bergelar seorang suri rumah tangga di usia muda, beberapa hari lalu dia berdepan kekerasan daripada si suami sehingga menyebabkan wajahnya bengkak teruk.

Suasana di rumah pasangan itu diselubungi hiba dengan kehadiran ahli keluarga pihak perempuan.

Detik-detik ketika si ayah mengusap wajah anaknya cukup meruntun jiwa ramai.

Bahkan, si abang yang turut berada di situ sedaya upaya menahan sabar dan sesekali memandangkan adik iparnya dengan penuh amarah.

Tangisan seorang abang akhirnya pecah jua tatkala melihat adik perempuannya dianiaya sebegitu rupa.

@tarukumbuk

Membalas @rpnnn18 nyesek pas kalanya bilang pulang yok#sulut_manado #kdrt #beritasulawesi #kdrtsuami #fypシ゚viral #beritaviral

♬ Buah Hati – Armada

Tidak lain tidak bukan, kedatangan mereka ke sana adalah untuk membawa pulang gadis malang itu.

Menurut laporan lanjut, suaminya yang berusia 19 tahun sudah pun ditangkap oleh pihak polis.

Sebelum kejadian itu berlaku, suspek dikatakan sempat bertanya kepada isteri siapakah cinta pertamanya.

Daripada perbualan biasa, ia akhirnya menjurus kepada rasa cemburu dan mendorong tindakan kasar terhadap gadis tersebut.