Anak muda sanggup buat ‘personal loan’ untuk pergi melancong, nampak sikit macam orang kaya

Anak muda sanggup buat ‘personal loan’ untuk pergi melancong, nampak sikit macam orang kaya

 

Dalam era digital yang serba canggih ini, tidak dapat dinafikan bahawa media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita.

Namun, trend terkini yang membabitkan belia mengambil pinjaman peribadi untuk tujuan yang tidak mendesak menimbulkan kebimbangan.

Fenomena ini didedahkan dalam satu hantaran viral di platform X oleh @callmefye, di mana seorang lelaki menyatakan bahawa bekas rakan sekerjanya mendedahkan kebenaran di sebalik permohonan pinjaman peribadi oleh anak muda kini.

Menurut hantaran tersebut, ramai belia kini mengambil pinjaman peribadi bukan untuk tujuan kecemasan tetapi untuk mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial seperti Instagram.

Hantaran tersebut menyebut, “Tolong beritahu saya ini tidak benar. Ada trend di kalangan belia di mana mereka akan membuat pinjaman peribadi hanya untuk melancong dan memastikan IG stories mereka dikemas kini seolah-olah mereka kaya.”

Lelaki itu turut meluahkan rasa terkejut dan merasakan keperluan untuk mengingatkan semua orang tentang masa depan dan penipuan di sebalik apa yang ditunjukkan di media sosial.

“Adik adik semua, I’m glad twit ni getting attention it deserves. Tolong ya, fikirkan masa depan. Kami ni bukan perlu kisah pun komitmen korang sebab bukan adik beradik korang. Tapi kami menegur ikhlas dik. Jangan buat benda-benda macam ini. Tak berbaloi. Dunia socmed flex itu ini semua tipu,” katanya.

Di bahagian komen, ramai pengguna media sosial mengesahkan bahawa trend yang tidak sihat ini adalah benar dan sedang berlaku.

Mereka turut berkongsi pelbagai sebab mengapa individu mengambil pinjaman peribadi.

“Yes it’s true. I terkejut dengar hal ni, selain daripada tu, buat personal loan beli designer handbag. Sebab i pernah question kenapa gaji 2-3k tapi boleh pakai bag double triple the gaji, rupanya buat loan. Bag mahal beribu tapi duit tak pernah ada sebab duk bayar loan tu,” kata seorang netizen.

“Yeah a friend of mine said its common. Loan 40k then travel the world lepas tu balik cari duit bayar hutang jelah. Tak sure about buat loan utk travel acah kaya pulak. Maybe tu trend baru,” kata netizen yang lain.

Trend ini adalah satu lagi dimensi negatif dalam penggunaan media sosial di kalangan belia.

Keghairahan untuk menonjolkan gaya hidup mewah boleh membawa kesan buruk terhadap kewangan peribadi dan masa depan mereka.

Adalah penting bagi belia untuk lebih bijak dalam menguruskan kewangan dan memahami bahawa tidak semua yang ditunjukkan di media sosial adalah realiti.