Anak mengadu kena marah di tempat kerja, ibu datang pejabat serang majikan

Seorang majikan baru-baru ini berkongsi insiden mengejutkan di mana seorang pekerja muda mengadu kepada ibunya selepas ditegur di tempat kerja, dan ibu tersebut kemudian menegur balik majikan berkenaan.
Dalam satu hantaran yang dikongsi di media sosial, majikan itu meluahkan rasa kecewa dan terkejut dengan tindakan pekerja tersebut serta penglibatan ibu pekerja dalam isu berkenaan.
“Apa yang terjadi kepada mereka yang lahir selepas tahun 2000? Baru-baru ini, saya mengambil pekerja yang lahir selepas tahun 2000, dan mentaliti mereka benar-benar lemah.
“Mereka mengadu kepada ibu mereka bahawa saya menegur mereka, dan kemudian ibu mereka memarahi saya,” tulisnya.
Rakan-rakan majikan tersebut juga dilaporkan mengalami masalah yang sama dengan staf Generasi Z.
Hantaran tersebut berakhir dengan renungan sama ada ini sebenarnya adalah isu dengan ibu bapa Generasi Z, bukannya generasi itu sendiri.
“Adakah mereka yang lahir selepas tahun 2000 tidak boleh ditegur? Mereka tidak boleh dimarahi, tidak boleh dipukul, tidak boleh ditegur, tidak boleh dibandingkan dengan orang lain. Tolong biarkan mereka tinggal di rumah dan menjadi anak emak.”