“Anak lembik, kaki tangan semua bengkak” – Mentua antivaksin beri cucu makan madu, wanita buat laporan polis

“Anak lembik, kaki tangan semua bengkak” – Mentua antivaksin beri cucu makan madu, wanita buat laporan polis

 

Seringkali kita dengar kisah mengenai ahli keluarga atau pasangan yang tidak mempercayai perubatan moden dan antivaksin. Ada yang terlalu ekstrem sehingga menyebabkan nyawa terancam.

Terbaru menerusi perkongsian anonymous di akaun X @pelisahh, seorang wanita yang juga seorang ibu mendedahkan yang dia melalui detik-detik sukar dengan suami dan mentua yang didakwa antivaksin.

Menurutnya, dia pada asalnya tidak mengetahui yang suaminya dan mentua merupakan antivaksin dan anti kepada perubatan moden sehinggalah ketika dia bersalin dan suaminya menolak dia diberi sebarang vitamin dan vaksin.

Hari itu raya haji, kita berkumpul di rumah mentua, then my 6 month old baby demam. Lepas saya bawa di ke GP (general practitioner) dan dapat paracetamol (ubat demam).

“Tapi mentua kata tak boleh beri (dia datang tidur rumah kita orang). Dia (mentua) ada sponging lah,” katanya.

Oleh sebab itu, wanita ini tidak menghantar anaknya ke taska dan ibu mentua juga katanya mahu menjaga cucunya sendiri.

Namun yang menjadi kebimbangannya, selepas empat hari anaknya masih lagi demam dan tidak kebah.

Lepas itu 4 hari anak masih demam. Paracetamol tak buka pun. Bila I tanya, anak dah lama demam ni, suami berkeras tak nak pergi hospital.

“Mak mentua I cakap dia kasi madu! Anak I lembik, kaki tangan semua bengkak. Madu tu dalam botol I beli dekat supermarket harga RM6.

“Madu tak boleh beri dekat (bayi) bawah 1 tahun kan? I terus bawa anak ke emergency. Anak kena pneumonia je, tak ada botulism ke apa,” katanya.

Tambahnya lagi, Ibunya sendiri kemudian datang ke hospital untuk menjaga cucunya dan dia tanpa teragak-agak membuat laporan polis ke atas ibu mentua dan suami atas dakwaan pengabaian.

Sungguhpun suaminya meminta laporan polis itu ditarik dan mengakui tidak mahu menjadi antivaksin lagi, wanita itu bertegas mahu memfailkan perceraian pada Isnin ini.

Dia juga menerima hinaan daripada keluarga lain dan bertanya sama ada perbuatannya ini wajar atau tidak dilakukan.

Perkongsian ini mendapat sokongan netizen yang bersetuju dengan tindakannya itu. Ia juga mendapat balasan posting daripada Shila Amzah yang menyokong keputusan wanita itu bertindak dengan sewajarnya.

Apa pendapat korang tentang luahan ini? Kalau dah membahayakan nyawa bayi tu memang tak patutlah.