“Bila dah keluar rumah baru aku faham..” – ‘Anak derhaka’ menyesal kuat melawan cakap mak masa remaja

“Bila dah keluar rumah baru aku faham..” – ‘Anak derhaka’ menyesal kuat melawan cakap mak masa remaja

 

“Bila dah keluar rumah baru aku faham..” – ‘Anak derhaka’ menyesal kuat melawan cakap mak masa remaja

Masa lalu tidak dapat diputar kembali, jadi jangan disia-siakan momen bersama insan tersayang.

Seorang wanita berkongsi kisah remajanya yang penuh dengan penyesalan kerana ketika itu dia tidak suka meluangkan masa bersama ibunya.

“Masa remaja dulu aku kuat melawan mak. Hampir tiap hari aku mengadu kat kawan, gaduh dengan mak aku. Aku rasa mak aku annoying.

“Ikutkan kategori, anak derhaka dah aku. Masa remaja aku banyak habiskan masa dengan kawan dan aktiviti sekolah sampai aku tak ada memori bersama keluarga ketika remaja.

“Aku tak ingat aku pakai baju raya warna apa, raya kat mana,” ujarnya menerusi hantaran tular di TikTok.

Wanita itu bagaimanapun mula menyedari kesilapannya selepas meningkat dewasa, lebih-lebih lagi apabila hidup berjauhan dari keluarga.

Namun katanya, dia bersyukur kerana ibunya masih sihat, sekali gus memberi peluang kepadanya untuk menebus kesilapan lalu.

“Bila dah keluar dari rumah, sambung belajar, kerja dan berkeluarga barulah aku faham kenapa mak aku macam tu dan macam ni.

“Dan sekarang aku sangat menghargai masa dengan keluarga. Alhamdulillah, syukur sangat Allah panjangkan usia mak.

“Masih ada peluang untuk habiskan banyak masa dengan mak aku. Hargailah mak kita sementara mereka masih ada,” tulis wanita itu lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut merasai kesedihan membaca luahannya itu kerana mereka turut melalui pengalaman sama.

“Betul sangat, saya masa remaja suka marah-marah. Sekarang lebih menghargai mak.

“Sama, dulu cuti lepak dengan kawan. Sekarang dah kahwin, asal cuti, mesti balik lepak dengan mama dan abah.

“Beruntung kamu dik. Kamu sedar (kesilapan) ketika ibumu masih hidup lagi,” tulis netizen.