Anak dedah bapa keluar tabligh 40 hari abaikan nafkah & lari dari tanggungjawab

Anak dedah bapa keluar tabligh 40 hari abaikan nafkah & lari dari tanggungjawab

 

Menyertai tabligh untuk berdakwah, mencari ilmu agama dan mengajak orang ramai kembali ke ajaran Islam yang menyeluruh adalah perkara murni dan harus dipuji.

Bagaimanapun, individu yang mahu menyertai tabligh tersebut haruslah sedar dan perlu menyempurnakan tanggungjawabnya dengan meninggalkan nafkah buat ahli keluarga sepanjang ketiadaan mereka di rumah.

Bapa keluar tabligh 40 hari tak bagi nafkah

Itulah luahan hati oleh seorang anak terhadap sikap bapanya yang suka mengabaikan tanggungjawab dan culas menyediakan nafkah sepanjang 40 hari keluar meninggalkan ahli keluarga demi menyertai tabligh.

Luahan itu diadu kepada seorang pengguna dan dikongsikan buat tatapan umum oleh  pemilik akaun @ConfessTweetMY menerusi laman Twitter.

Dalam tangkap layar luahan tersebut, si anak mendedahkan bapanya sering keluar apabila diajak oleh kawan-kawan tabligh selama 40 hari meskipun baru sahaja pulang ke rumah.

“Bapa saya tabligh. Selalu keluar 40 hari tinggalkan kitaorang tanpa nafkah. Kawan-kawan tabligh dia selalu datang rumah ajak keluar 40 hari. Padahal baru saja balik.

“Apabila ditolak, kawan-kawan dia sindirlah tak nak ikut apa semua. Saya geram. Dia tinggalkan kami tanpa nafkah.” luah individu tidak dikenali itu.

Bapa tiada pekerjaan tetap

Bukan itu sahaja, difahamkan bapa individu terbabit tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap dan segala perbelanjaan ditanggung oleh ibunya.

“Dahlah tak ada kerja tetap. Mak saya pula kena tanggung. Dia bersedap saja keluar 40 hari lari dari tanggungjawab. Penting sangat ke tabligh?” luahnya.

Tindakan tersebut membuatkan dia merasakan bapanya itu seseorang yang mementingkan diri sendiri dalam mengejar amalan kebaikan dan ilmu keagamaan.

“Saya rasa macam dia seorang sahaja beribadah nak masuk ke syurga. Orang lain tak payah, kena support dia.“ soalnya.

Salah pergi tabligh kot?

Luahan itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan ketidakpuasan hati sebaik sahaja mendapat tahu kelakuan bapa individu berkenaan yang dilihat cuba melarikan diri daripada tanggungjawab.

Malah, tidak kurang juga ada yang mengatakan bapanya itu berkemungkinan silap menyertai kumpulan tabligh.

Ini semua salah ayah awak sebab tak jalankan tanggungjawab, bukan tabligh