Anak dapat nombor 1, ini kisah sedih seorang ibu curi kotak pensil sebab tiada duit

Anak dapat nombor 1, ini kisah sedih seorang ibu curi kotak pensil sebab tiada duit

 

Semua ibu bapa di dunia ini sudah pastinya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik demi anak-anak mereka.

Namun tidak semua ibu bapa mampu terutamanya dari segi kebendaan untuk menurut segala kemahuan anak-anak dan melihat senyuman di wajah mereka.

Demikianlah perkongsian seorang peguam jenayah, Datuk Ahmad Zaharil Bin Muhaiyar mengenai kisah seorang ibu yang ditahan kerana mencuri pensel box untuk anaknya.

Nilai hasil curian sebanyak RM18

Menurut perkongsian Datuk Ahmad Zaharil Bin Muhaiyar yang telah berkhidmat sebagai seorang peguam selama 31 tahun, kejadian ini berlaku pada tahun 1998 di mana dia menyaksikan seorang wanita berbangsa India dengan tangan bergari berada di mahkamah pada ketika itu.

Wanita ini ditahan atas kesalahan mencuri set lengkap kotak pensel di sebuah pasaraya yang bernilai kira-kira RM18.

“Saya tiada duit, jadi saya curi”- Mak

Setelah disoal, rupanya alasan wanita berkenaan bertindak mencuri adalah kerana dia sudah berjanji dengan anak lelakinya untuk menghadiahkan sebuah kotak pensel dengan set lengkap sekiranya dia mendapat nombor 1 dalam pelajaran.

Namun wanita itu tidak mempunyai wang bagi menunaikan janji tersebut.

Wanita tersebut dikenakan hukuman berkelakuan baik selama beberapa tahun setelah mendapatkan pembelaan secara percuma dari Datuk Ahmad yang tersentuh hati mengenangkan nasib mak dan anak tersebut.

Anak dah berjaya jadi peguam sebenar

Masa berlalu sehingga dalam lingkungan tahun 2010 hingga 2017, ketika Datuk Ahmad Zahari sedang duduk di kantin dia menyedari bahawa setiap hari dia sering diperhatikan oleh seorang lelaki sehingga suatu hari lelaki tersebut datang kepadanya dan mengakui bahawa dia adalah budak yang mahukan kotak pensel tersebut.

Kini anak kepada wanita yang mencuri itu telah berjaya menjadi seorang peguam.

Datuk Ahmad Zaharil menyifatkan kejadian ini adalah salah satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang beliau bergelar peguam.

@amzaharil

♬ original sound – amzaharil – amzaharil