“Anak daddy dah jadi anak dara” – Shuib sebak anak gadis dah masuk ‘alam dewasa’, doa Talita jadi wanita solehah

“Anak daddy dah jadi anak dara” – Shuib sebak anak gadis dah masuk ‘alam dewasa’, doa Talita jadi wanita solehah

 

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib sebak apabila anak gadisnya, Dzakira Talita Zahra telah ‘melangkah ke alam dewasa’ sebelum mereka berbuka puasa.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Shuib di Instagram apabila memuat naik momen sewaktu memeluk sambil menangis mengenangkan satu-satunya anak perempuannya bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sudah pun menjadi ‘anak dara’.

@shuibsepahtu

Cerita harini 21 March 2024,sebelum berbuka tadi. Satu2 nya anak perempuan daddy dah masok ke alam dewasa.Dah jadi anak dara.Harini akan kita kenang smpi bila2 Talita.Semoga menjadi Wanita solehah,wanita hebat dunia akhirat.Aku je ke bapak yg sedih bila anak perempuan nya dah melangkah alam dewasa? Ke korang yg bapak2 pon sama akan nangis 🥹 . . #DzakiraTalitaZahra

♬ original sound – Shuib Sepahtu – Shuib Sepahtu

Dalam perkongsian yang dibuat usahawan terbabit, dia mengatakan yang momen tersebut akan dikenang sampai bila-bila serta mendoakan anak gadisnya menjadi seorang wanita yang solehah serta hebat di dunia dan akhirat.

“Harini akan kita kenang smpi bila2 Talita. Semoga menjadi Wanita solehah,wanita hebat dunia akhirat,” tulisnya.

Pemilik nama sebenar,  Shahmira Muhammad, 39, juga bertanyakan adakah dia sahaja yang berasa sebak apabila melalui fasa tersebut atau ada lagi golongan bapa yang turut sama menangis sepertinya sewaktu mengetahui anak gadis sudah meningkat dewasa.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas di ruangan Instagram selebriti berkenaan.

Walaupun ada yang kurang setuju dengan perkongsian yang dibuat Shuib, namun ramai juga yang mengakui sebak jika melihat anak-anak sudah semakin membesar lebih-lebih lagi waktu yang berjalan langsung tidak terasa.

 

Sekadar info, Shuib Sepahtu telah dikurniakan empat orang cahaya mata sepanjang mendirikan rumah tangga dengan penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Pada 23 Jun 2023, Shuib sah bergelar suami sekali lagi apabila bernikah dengan Watie Hanifiah selepas hampir dua tahun bergelar bapa tunggal.