Anak bijak tapi mak biasa-biasa, amalkan petua & ayat ini pada anak setiap pagi

Anak bijak tapi mak biasa-biasa, amalkan petua & ayat ini pada anak setiap pagi

 

Setiap mak ayah mendambakan anak bijak dan berjaya. Tipulah kalau mak ayah tak nak semua ini. Dah tentu mereka sangat mengharapkan kejayaan anak-anak.

Namun, jangan ingat anak bijak lahir dari mak ayah yang pandai. Bagaimana pula dengan mak ayah yang biasa-biasa saja.

Jangan terus merendah diri dan putus asa untuk mendapatkan anak bijak. Semua ini boleh berlaku dengan izinNya.

Inilah yang dikongsikan oleh Pengiran M. Nizam Rahman tentang kakaknya yang mempunyai anak bijak dan berjaya dalam akademik. Walaupun kakaknya biasa saja tapi ada amalan rahsia yang selalu diamalkan untuk anak-anaknya.

Anak Bijak, Amalkan Petua & Ayat Ini

Aku ada seorang kakak. Kakak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.

Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak ke mana laa.

Caranya:

Setiap pagi baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”

Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.

Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.

Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.

Mudah-mudahan dengan usaha ini mampu melahirkan anak yang berjaya dan bijak. Insya Allah..aamiin.