Baru umur 14 tahun, anak Aziz M Osman bakal lanjutkan pengajian bidang psikologi di universiti

Baru umur 14 tahun, anak Aziz M Osman bakal lanjutkan pengajian bidang psikologi di universiti

 

Baru umur 14 tahun, anak Aziz M Osman bakal lanjutkan pengajian bidang psikologi di universiti

Penyanyi remaja, Ara Aziz, 14, akan melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi di peringkat universiti pada tahun depan.

Namun begitu, Ara yang juga anak kepada pelakon dan pengarah, Aziz M Osman membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan terlebih dahulu.

“Saya masuk ‘fast track’ dan ‘loncat’ beberapa tahun. Sepatutnya saya dalam tahun sembilan tahun ini, tetapi saya dah masuk tahun 11.

“Saya akan menduduki International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) tak lama lagi. Ia setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi versi British.

“Insya-Allah, tahun depan saya akan masuk universiti dan lanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi. Saya sebenarnya nak ke universiti luar negara.

“Tetapi, kerana usia saya baru 14 tahun, saya akan lanjutkan pelajaran sebahagian di Malaysia dan bila dah cukup umur untuk keluar negara, saya akan habiskan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, psikologi adalah bidang yang diminatinya sejak sekian lama kerana melihat fungsi otak manusia yang kompleks dan penuh misteri.

“Saya pilih psikologi dah lama juga dan saya rasa ia sangat menarik kerana otak manusia itu sangat kompleks dan bekerja dengan sangat misteri.

“Saya nak habis sekolah awal, jadi saya nak fokus kepada pelajaran dahulu dan selepas itu, barulah kerja-kerja seni. Keutamaan adalah pendidikan,” katanya.

Ara atau nama sebenarnya Puteri Nur Azzahra adalah anak hasil perkahwinan ketiga Aziz dengan bekas isteri, Puteri Lily Lokman.

Terbaharu, Ara terbabit dalam lagu Aidilfitri Raya Gen Z bersama tiga selebriti remaja lain iaitu Cik B, Qadejah Aliff Syukri dan Alyssa Dezek.