Anak Aziz Desa pernah ‘diheret’ ke PPD gara-gara peroleh markah penuh ujian lisan

Anak Aziz Desa pernah ‘diheret’ ke PPD gara-gara peroleh markah penuh ujian lisan

Setiap manusia dikurniakan bakat tertentu oleh Tuhan, namun sayangnya bukan semua orang mampu hargainya melainkan jika dikembangkan di saluran yang betul. Itulah pengalaman yang turut dilalui oleh anak bongsu kepada Allahyarham Aziz Desa ini sebelum menggapai cita-cita diminatinya.

Pernah ‘diheret’ ke PPD sebab pegawai tak percaya saya peroleh markah penuh untuk ujian lisan

Menerusi satu muat naik di aplikasi TikTok, Mas Zhiddin Zhiddan berkongsi tips kepada calon SPM menjelangnya ujian lisan sambil mengimbau kembali zamannya persekolahannya suatu ketika dahulu.

Gara-gara tidak percaya bagaimana dirinya memperoleh markah penuh, dia pernah ‘diheret’ ke PPD bagi melakukan ulangan ujian tersebut. Namun hasilnya, markah Zhiddin kekal kerana tiada bantahan daripada 2 orang pegawai yang mengujinya.

Tak Percaya Raih Markah Penuh Ujian Lisan, Anak Aziz Desa Pernah Diheret Ke PPD

Aplikasikan formula selit kata pujangga dalam pertuturan

Oleh itu, dia membongkarkan satu teknik rahsia untuk senang memperoleh markah iaitu selitkan peribahasa atau kata-kata pujangga dalam pertuturan. Malah berdasarkan beberapa klip rakaman di bawah, Zhiddin ternyata mengaplikasikannya dalam kerjaya wartawan sukan. Sehingga kini, video tersebut malah meraih lebih 1.7 juta tontonan di aplikasi TikTok.

@zhiddinazizz

♬ original sound – zhiddinaziz – zhiddinaziz

Sedap intonasi, susah tengok generasi sekarang guna peribahasa & perumpamaan…dah lah handsome, pandai pula

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan intonasinya serta bijak menggunakan kata-kata pujangga yang tepat dalam setiap tutur kata. Dalam pada itu, mereka juga akui terhibur mendengar pantun di akhir klip video tersebut.