“Baru memuler Ramadon..” – Selepas Ketipak Ketipung Raya, anak Achey sekali lagi ‘cover’ lagu raya

“Baru memuler Ramadon..” – Selepas Ketipak Ketipung Raya, anak Achey sekali lagi ‘cover’ lagu raya
Seperti yang diketahui, pelawak terkenal iaitu Achey Bocey sering berkongsi video mengenai anak perempuannya, Tiara Zinnirah di media sosial.
Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan Tiara menyanyikan semula lagu raya bertajuk ‘Ketipak Ketipung Raya’ yang dinyanyikan oleh Aisha Retno dan Aziz Harun.
Menerusi video berkenaan, Tiara dilihat bersemangat menyanyikan lagu berkenaan dengan versinya sendiri. Walaupun liriknya telah diubah, setiap perkataan yang disebut oleh Tiara telah mencuit hati warga maya.
Video itu turut mendapat perhatian kedua-dua penyanyi lagu berkenaan, malah mereka kelihatan gembira apabila menyanyikan lirik versi Tiara di aplikasi TikTok.
Baru-baru ini, Tiara sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila menyanyikan semula lagu terkenal iaitu ‘Suasana Hari Raya’ yang dinyanyikan oleh Anuar Zain dan Ellina.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @achey_kintangkintung di TikTok, kanak-kanak ini dilihat sedang menganggukkan kepala mengikut melodi lagu selama beberapa saat.
Video pendek itu memaparkan raut wajahnya yang kelihatan serius boleh berubah dalam sekelip mata sebaik sahaja mendengar suaranya yang telah direkod.
“Jangan tag Anuar Zain tau,” gurau @achey_kintangkintung.
Tanpa disangka, permulaan lirik lagu raya tersebut turut diubah mengikut versinya sendiri, sekaligus mengundang tawa daripada warga maya yang menontonnya.
Sementara itu, @achey_kintangkintung memaklumkan bahawa lagu penuh nyanyian semula daripada anaknya akan dimuat naik di media sosial hari ini.
@achey_kintangkintung Jangan tag anuar zain tau🤣… … @tiaracandy_official @anne_achey21 #suasanahariraya #coverbytiara #tiaracore #segmentlucu #tiaracandy
♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi dan berasa terhibur dengan telatah Tiara yang bersahaja seperti bapanya.
“Tahun ni Tiara buat satu Malaysia gembira dengan lagu-lagu yang dia nyanyi,” komen @Angah Eyma.
“Harap jangan sebut Muor lagi Tiara. Gasak kami orang Muor nak beraya nanti,” komen @Hanafia Boy.
“Lagu Muor pun kakak tak sempat hafal lagi dik… dah nak keluar yang baru ke?” komen @shin alif.