“Sebenarnya dituju untuk saya tapi terkena..” – Wanita dedah anak 8 tahun jadi mangsa sihir

“Sebenarnya dituju untuk saya tapi terkena..” – Wanita dedah anak 8 tahun jadi mangsa sihir

 

“Sebenarnya dituju untuk saya tapi terkena..” – Wanita dedah anak 8 tahun jadi mangsa sihir

Baru-baru ini, seorang wanita di Facebook ada berkongsi keadaan keluarganya yang pada ketika ini sedang bertarung melawan sihir, menurutnya perkara ini sudah lama terjadi cuma dia enggan mendedahkannya sehinggalah mendapat keberanian akhir-akhir ini.

Jelasnya, gangguan mistik sebegini telah mengganggu rutin hariannya dan juga urusan perniagaan, di mana wanita yang lebih dikenali sebagai Kak Putri ini terpaksa diketepikan begitu sahaja dek kerana banyak menghabiskan masa untuk berubat.

Lebih memilukan hati, anaknya yang berumur 8 tahun juga terkena sihir tersebut. Jelasnya, sihir itu sepatutnya ditujukan kepadanya tetapi terkena pada anaknya dan menurutnya, ia agak teruk sehinggakan hampir menyebabkan kematian.

Menerusi perkongsian Kak Putri di Facebook, biarpun keadaan anaknya kini semakin pulih, kanak-kanak itu pada setiap malam akan menangis dan meminta tolong kerana masih lagi dalam kesakitan.

“Saya bukan saja-saja hilang, saya minta maaf pada customer dan partner-partner saya. Alhamdulillah saya semakin baik dan tolong doakan saya diberi semangat untuk bangkit. Lama dah saya tahan derita ini dan tolonglah doakan anak saya.”

May be an image of 1 person, hospital and text that says 'GOC masa nihampir1 minggudi minggudiHospital, di EEG,CT scan,ambile air tulang belakang semua doktor dah buat.tapi masani masih takpasti punca sakit. sakit.pihak hosp sangat2berusaha sangat2 sangat2 ambil beratkes ni.ALHMADULLILAH'

May be an image of 3 people, hospital and text that says 'PADA ORG YGHANTAR KAU TAKDE TAKDEHATI HATI PERUT KE?budaknitakde takde dosa ,kau nak bunuh aku sila kanjangan siksa anak aku ២'

Jelas Kak Putri lagi, dia telah menggunakan khidmat 16 orang ustaz dan perkhidmatan hospital dan sehingga kini, mereka sekeluarga masih lagi dalam rawatan pihak hospital.

Bahkan, Kak Putri turut berkata yang dia akan dedahkan kisah gangguan sihirnya itu dengan lebih lanjut kelak termasuklah mendedahkan identiti penghantar sihir dan kronologi bagaimana gangguan ini boleh berlaku.

May be an image of text

“Saya ada mohon minta tolong ahli keluarga orang yang sihir kami tapi mereka tak layan. Saya memang terdesak cari perempuan tu sebab dia saja boleh berhentikan sihir ni. Sebab makhluk yang dia hantar ni diberi makan (menurut peramal perubatan Islam).”

Dalam pada itu, wanita ini juga memohon orang ramai untuk sentiasa mendoakannya dan anaknya yang sedang menderita itu. Dalam perkongsian ini, Kak Putri turut muat naik imej anaknya yang seolah-olah sedang meracau.