Padam gambar bersama, Ameera Khan ‘unfollow’ IG Jefri Nichol

Padam gambar bersama, Ameera Khan ‘unfollow’ IG Jefri Nichol
Hubungan cinta di antara personaliti media sosial Ameera Khan bersama pelakon dari Indonesia iaitu Jefri Nichol didakwa sudah berakhir.
Dakwaan itu timbul selepas Ameera, 25, dilihat sudah tidak mengikuti akaun Instagram (IG) Jefri.
Lebih menguatkan spekualasi itu apabila foto-foto mereka bersama juga sudah tidak kelihatan di IG adik kepada pengacara Neelofa itu.
Bagaimanapun aktor itu masih mengikuti Ameera serta foto mereka berdua masih ada di ruangan feed.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga mengesyaki dua selebriti ini sudah berpisah.
“Pasti sudah putus, gambar mereka berdua sudah tiada.
“Saya harap memang betul Ameera putus dengan Jefri sebab lelaki itu tak sesuai untuk Ameera.
“Sedihnya dah putus, tapi lagi sedih kalau putus sebab Jefri yang menyakiti Ameera,” tulis netizen di ruangan komen.
Sebelum ini, Ameera pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Jefri sebelum dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021.
Bagaimanapun pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan mereka kembali bertaut dan dilihat lebih terbuka berkongsi kemesraan mereka di media sosial.
Malah hubungan Ameera dan Jefri menjadi perhatian ramai selepas pelakon itu dilihat mencacah tatu berbentuk akronim ‘AK’ pada jari manisnya.
Ameera juga pernah berkongsi tangkap layar panggilan WhatsApp bersama kekasihnya itu yang berlangsung lebih 12 jam.