Ambil kesempatan isu bunuh diri, iklan tiada etika Agen Takaful ini buat netizen ‘panas hati’
Sejak akhir-akhir ini, dapat dibaca hampir setiap hari terdapat kes individu di Malaysia yang memilih jalan untuk bunuh diri akibat tekanan hidup dan sebagainya.
Kes yang wajar dipandang serius ini walau bagaimanapun telah menjadi segelintir agen takaful yang mempromosikan produk mereka dengan mengaitkan dengan isu bunuh diri di mana ahli keluarga terdekat berpeluang menerima pampasan hibah.
Isu yang dianggap sensitif dan dipromosikan untuk orang ramai mendapatkan takaful disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang belum mempunyai tarikh tamat ini walau bagaimanapun kurang disenangi para netizen.
Menerusi isu yang berlaku, para netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir agen takaful yang mempromosikan produk mereka dengan etika yang salah. Tidak kurang juga agen takaful yang menolak iklan seperti ini yang mampu membuatkan orang ramai semakin tidak berminat mendapatkan takaful.
Ethic ke laut. Takde adab dalam marketing. Memalukan je. Tak pasal ejen lain terkena tempias.
— Ejen Qal 🇲🇾🇵🇸 (@AmarSheqal) July 1, 2021
Ada terbaca tweet psl ada ejen takaful promote insuran hibah dengan AIA sidak dengan mention psl "bunuh diri" dengan vibe nak molah lawak. Bodo, sa lawak.
— amey eastside (@mnazmeerm) July 1, 2021
Sorry but aku rasa mcm kurang appropriate sikit ejen² insuran guna isu² bunuh diri due to PKP as a marketing tool.
If u really just want to deliver information, then it must be an appropriate way to put it as information, not as a marketing tool.
Entahlah, i feel so sad.
— Saudagar Perfumekita (@fazrul_444) June 28, 2021
Melihat kepada keadaan semasa di mana orang ramai tertekan serta mendapatkan makanan menjadi taruhan berikutan kegagalan untuk keluar mencari rezeki, diharap orang ramai dapat menjaga sensitiviti masing-masing.
Menghulurkan bantuan merupakan langkah yang lebih baik berbanding seolah mengugut orang ramai mendapatkan takaful dengan mengaitkannya dengan isu bunuh diri di musim pandemik ini.
Sumber: TV