Ambil drip Vitamin C dalam kereta, Doktor ini sekolahkan pengguna yang mahu putih secara ‘instant’

Ambil drip Vitamin C dalam kereta, Doktor ini sekolahkan pengguna yang mahu putih secara ‘instant’

Siapa yang tidak mahu cantik, bukan? Pastinya ramai yang ingin miliki wajah cerah dan berseri tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila sebuah video TikTok memaparkan beberapa individu yang mendapatkan perkhidmatan suntikan vitamin C sebagai alternatif bagi mendapatkan tona warna kulit yang lebih cerah dengan pantas.

 

 

Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa individu yang mendapatkan rawatan suntikan vitamin C hanya berada dalam sebuah kereta dan rumah, bukannya di satu tempat yang khas.

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen dan ramai yang mempertikaikan tindakan individu-individu tersebut yang sememangnya membahayakan kesihatan diri.

 

 

 

Lantaran itu, isu ini telah mendapat perhatian Dr Ingky dan menurutnya, perkhidmatan suntikan vitamin C yang dilakukan oleh individu tersebut boleh dikenakan hukuman penjara.

Malah, suntikan vitamin C ini adalah haram di seluruh dunia disebabkan timbul keraguan sumber vitamin C itu sendiri. Bukan itu sahaja, tiada mana-mana kilang yang dibenarkan untuk mengeluarkan vitamin C bagi proses kecantikan. – TV