“Ambik aku je la, aku ni dah la janda, sendu, miskin pula tu” – Zarina Anjoulie tawar diri jadi Dj Radio

“Ambik aku je la, aku ni dah la janda, sendu, miskin pula tu” – Zarina Anjoulie tawar diri jadi Dj Radio

 

Pelakon sensasi Zarina Anjoulie semalam telah memuat naik komen mencadangkan pihak Suria FM mengambil dirinya sebagai penyampai radio baharu.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 36, semalam telah memuat naik komen tersebut di salah satu Instagram media hiburan yang membuat liputan tentang isu penamatan kontrak penyampai radio Suria FM, Tyzo.

Zarina berjanji sekiranya dia diberikan peluang, dia akan melaksanakan tugasnya dengan sepenuh hati dan memberikan yang terbaik.

“Ambik aku je la jadi DJ Radio. Aku ni dah la janda, sendu, miskin plak tu. InsyaAllah aku akan kasi yang terbaik,” katanya.

Komen Zarina itu mendapat sambutan hangat dari warga maya. Ramai netizen yang terhibur dengan gurauannya itu, malah ada yang menyokong dia menjadi penyampai radio.

“Saya yang tak dengar radio ni Anju, tapi kalaau kau jadi DJ, saya yang duduk Sabah sini confirm dengar kau,” kata Miszkay69.

“Anju kalau jadi DJ radio, confirm super high rating! Pecah rekod terus. Yang banyak dengar, semua haters saja nak busybody hal Anju,” kata Fedyna Tan.