Amaran hujan lebat, ribut petir di Selangor & Perak

Amaran hujan lebat, ribut petir di Selangor & Perak

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Perak dan Selangor.

MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan di Selangor kawasan terbabit ialah Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Sementara di Perak, ia meliputi kawasan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Katanya, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejama hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.