Alami pendarahan hidung 4 jam tanpa henti, Elizabeth Tan dedah ini yang terjadi pada dirinya

Alami pendarahan hidung 4 jam tanpa henti, Elizabeth Tan dedah ini yang terjadi pada dirinya

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan mengalami pendarahan di hidung tanpa henti selama empat jam pada Khamis lalu.

Menerusi hantarannya di Instastory, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy memberitahu kejadian berlaku selepas dia menangis sebelum mendapati hidungnya berdarah.

“Hidung saya berdarah non stop nak sampai empat jam like dua hari lepas. Saya pun tak sure kenapa.

“Sebelum start berdarah I was just crying over something dumb and then it started (hidung berdarah) and tak nak stop. Empat jam weh,” jelasnya.

Di dalam hantaran lain, Lizzy turut berkongsi sebuah video dirinya sedang menarik tisu yang dipenuhi darah beku di bahagian hidungnya.

“This one is really really gross so just skip it if tak nak tengok.

“But I kept getting these blood clots, like five times. Oh my god what is happening,” katanya.

Menurutnya, pelbagai cara telah dilakukan termasuk meletakkan ais tetapi tidak berkesan untuk memberhentikannya.

Namun selepas beberapa jam, pendarahan tersebut akhirnya berhenti.

Malah, pelantun lagu Police Entry ini bernasib baik kerana suaminya, Dr Siew Jim yang juga merupakan seorang doktor berada di rumah untuk menjaganya.

“Letak ais and tekan kuat-kuat semua tak function. Entahlah. Tapi thank God eventually the bleeding stop lah.

“Nasib baik ada doctor ni (suami) dekat rumah time tu. Kalau tak memang panic dah. Thanks for taking care of me,” ujarnya.

lizzy1 - 1