Alami kemurungan, Sharifah Sakinah bakal tinggalkan Malaysia?
Bakal tampil dalam sebuah program di salah satu stesen televisyen tempatan malam ini, pelakon, Sharifah Sakinah dipercayai bakal meninggalkan negara dan dunia lakonan buat sementara waktu.
Mental health
Selama beberapa tahun ini, saya terpaksa berjumpa dengan pelbagai doktor dan ahli terapi yang berlainan termasuk mengambil ubat bagi mengurangkan masalah yang saya hadapi, Saya mengalami kemurungan yang teruk, kegelisahan serta tingkah laku yang boleh menyebabkan diri saya sendiri saya. Saya banyak menghabiskan masa berkurung di dalam bilik dan tidur.
Di Instagram, Sakinah memberitahu bahawa dia mengalami masalah kebimbangan dan kemurungan yang sangat teruk. Ada kalanya, dia sendiri berasa takut dengan tindakannya sekiranya tidak mengambil ubat.
Namun begitu, dia bersyukur kerana masih mempunyai orang di sekeliling yang sangat mencintai dan menyokongnya. Tambah Sakinah, selain menunaikan solat dia turut melakukan senaman kerana aktiviti sihat tersebut merupakan jalan terbaik buat dirinya bagi melepaskan segala tekanan yang bergolak dalam pemikiran dan jiwa.
Rancang untuk meninggalkan Malaysia
Ujar Sakinah lagi, dia memerlukan perubahan dari segi pemandangan. Oleh itu, dia merancang untuk meninggalkan Malaysia buat sementara waktu.
Saya sudah memaklumkan bahawa saya akan berehat dari berlakon dan sekarang anda tahu sebab sebenar mengapa. Saya memerlukan rehat dan saya harus fokus pada cabaran berkaitan hal peribadi saya sendiri agar saya dapat mencapai perubahan paradigma yang saya harapkan.
Sakinah turut memberitahu bahawa istirahat ini tidak bermaksud semua minat dan usahanya dalam bidang lakonan akan berakhir. Malah, dia merancang untuk kembali lebih kuat dan lebih sihat daripada sebelum ini jika kembali beraksi semula.
Sumber: OB, Sharifah Sakinah