Al Qud$ cipta roket baru Al Qa$$em, diambil sempena nama Qas33m $0leim4ni

Briged Al Qassam memberi amaran kepada Israel bahawa mereka mempunyai lebih banyak peralatan senjata yang berinovasi tinggi yang akan mengejutkan mereka dan mengelirukan percaturan mereka. Briged Al Qassam baru melancarkan beratus peluru berpandu Q20 dengan jarak 20km ke Ashkelon.
Peluru berpandu jarak dekat Q20 Briged Al Qassam telah menghujani Ashkelon dan menyebabkan kebakaran besar di beberapa bahagian.
Kementerian Kesihatan Palestin memgemaskini jumlah korban keganasan Zionis kini meningkat kepada 145 orang, 41 adalah kanak-kanak dan 23 wanita manakala 1100 yang lain cedera.
Hamas meminta mereka yang berada dalam Menara Moshe di Tel Aviv untuk segera mengosongkannya. Menara Moshe adalah menara kedua tertinggi di Israel.
Abu Ubaida:
“Atas arahan ketua kami Syeikh Mohammed Deif, dengan ini kami menangguhkan kawalan pergerakan ke atas Tel Aviv dari jam 10 malam hingga 12 malam. Selepas itu, perang akan diteruskan.”
Jurucakap Briged Al Quds Abu Hamza:
“Kami telah mencipta peluru berpandu Al Qassem untuk digunakan dalam perang dan kami ada banyak lagi kejutan di dalam simpanan.”
Nama peluru berpandu baru Briged Al Quds diambil sempena nama Qaseem Soleimani, bekas ketua mereka yang syahid.
30 minit sebelum jam 12 waktu Tel Aviv dan bermulanya serangan oleh Briged Al Qassam ke atas Tel Aviv seperti dijanjikan mereka tadi.
Kredit: @JatIkhwan