Akui sering dapat inspirasi, rupanya ini punca lelaki curi dan kumpul 675 seluar dalam wanita
Punca seorang peniaga mencuri dan mengumpul 675 seluar dalam wanita akhirnya terbongkar.
Pelaku sendiri mengakui sering mendapat ilham selepas mencuri dan mengumpul seluar dalam wanita.
Lelaki berkenaan ditahan polis kerana melakukan perbuatan terkutuk itu sejak setahun lalu.
Menurut pemuda berusia 32 tahun itu, dia mencuri di sekitar kota Semarang di Jawa Tengah, Indonesia.
Semua seluar dalam yang dicuri kemudian disimpan di rumah sewanya.
Ketua Polis Banyumanik Pesuruhjaya Ali Santoso berkata, pemuda itu mencuri kira-kira 675 seluar dalam wanita dalam tempoh setahun.
“Itu semua seluar dalam wanita, ada milik pelajar perempuan dan lain-lain. Dicuri secara rawak,” katanya yang mengesahkan perkara itu, pada Isnin.
Penahanan suspek susulan penduduk setempat mengadu mengenai kehilangan seluar dalam di kawasan kejiranan.
Mereka kemudian mengambil inisiatif dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek.
Sebagai peringatan, perbuatan mencuri adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam.