Akui lantang bersuara, pelakon lelaki bongkar kemusnahan alam di Tasik Kenyir

Akui lantang bersuara, pelakon lelaki bongkar kemusnahan alam di Tasik Kenyir

 

Sebelum ini tular satu video yang memaparkan mengenai pencemaran yang terjadi di Tasik Kenyir. Ada pihak yang berpendapat bahawa kejadian banjir yang teruk melanda di Terengganu berpunca daripada kemusnahan alam yang terjadi di sekitar tasik tersebut.

 

 

 

Tiada Pembalakan Haram

Menurut Harian Metro, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu Roslan Rani menyangkal dakwaan sesetengah pihak termasuk netizen yang berkongsi maklumat tidak benar itu di media sosial.

Katanya, tiada sebarang aktiviti pembalakan secara haram di sekitar Tasik Kenyir sehingga membawa impak kemusnahan yang sangat besar semasa banjir melanda di Hulu Terengganu Ahad lalu.

Idris Khan Tunjuk Bukti Kemusnahan

Kejadian yang berlaku di Tasik Kenyir sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelakon Idris Khan. Di Instagram Story miliknya, dia berkongsikan gambar peta Tasik Kenyir pada tahun 2020 sehingga 2021.

Dalam gambar tersebut jelas menunjukkan berlakunya kerosakan di Tasik Kenyir apabila kawasan yang pada mulanya dipenuhi hutan menghijau kini sudah mula menampakkan kerosakan.

Idris Khan

Kerajaan Malaysia Mampu Jaga Khazanah Alam?

Dalam perkongsian tersebut Idris turut mempersoalkan kemampuan kerajaan Malaysia dalam menjada khazanah alam. Baginya, apa yang ditunjukkan adalah fakta, bukan rekaan semata mata.

Tambahnya lagi, dia lantang bersuara kerana rakyat tidak mampu bersuara dan dia bersuara bagi mewakili rakyat mengenai isu kemusnahan alam yang terjadi.