“Aku tengok sekeliling rumah aku, rumah besar, tapi basikal budak pon takde, tak pernah nak layan anak-anak aku main, patutlah anak aku tak reti apa, Allahuakbar aku betul-betul tersentak, ayah minta maaf nak”

“Aku tengok sekeliling rumah aku, rumah besar, tapi basikal budak pon takde, tak pernah nak layan anak-anak aku main, patutlah anak aku tak reti apa, Allahuakbar aku betul-betul tersentak, ayah minta maaf nak”

 

Assalamualaikum semua. Aku nak cerita straight to the point jela eh. Tak pandailah nak intro bagai. Pasal aku, seorang lelaki, berumur awal 30-an, kerja kerajaan, dah kahwin, anak 2 orang. Senangkan?

Aku memang macam ni orangnye. Dulu masa melamar bini aku pon, (masa tu cakap aku kau je) aku cakap, “weh, jom kahwin, aku rasa dah sampai masa dah ni. Aku pon da selalu geram – geram tengok ko ni.” Lamaran aku diterima dengan jawapan,

“Eyyy, tak romantik langsung, tapi okla. Ayuh kahwin”. Maka bermulalah kisah kehidupan kami suami isteri. Masa kitorang baru nak kahwin tu, masing – masing baru mula kerja. Flashback sikit, aku ni dulu memang seorang yang cemerlang dalam apa yang aku buat dari zaman sekolah rendah, sampailah dekat alam universiti.

Nak cakap aku ni kuat bersaing sangat tak la jugak. Bila aku baca ciri – ciri orang personaliti Type A (google sendiri la eh) takde la pulak kat aku. Aku bukanla jenis stress – str3ss masa exam atau tak boleh tidur kalau ada budak perempuan dapat markah lagi tinggi daripada aku masa exam pertengahan tahun subjek Kajian Tempatan. Haha.

Cuma aku rasa alhamdulillah tuhan kurniakan aku dengan otak yang cerdas dan em0si yang sihat kot. Tapi, mak aku cakap, akulah anak dia yang paling degil dan kuat memberontak. Contohnya selepas SPM, aku ni memang belajar sungguh – sungguh untuk SPM sebab aku nak jadi reservoir engineer oli and gas sebab aku nak naik helikopter. Haha. Merepek betul.

Habis nak buat macam mana, dah tu cita – cita aku. Alhamdulliah aku dapat straight A’s dalam SPM dan bermulalah sesi untuk apply semua biasiswa luar dan dalam negara bagi mencapai cita – cita aku yang murni tu. Nak dijadikan cerita, biasiswa yang aku dapat semuanya untuk belajar luar negara.

Tapi mak aku ni tak cakap aku awal – awal yang dia ni tak bagi aku belajar overseas (sebab tr4uma dengan saud4ra aku yang jadi minah salleh lepas belajar luar negara). Aku pon member0ntak la. Terus aku cakap dengan mak aku yang aku tak nak sambung belajar langsung. Cukup setakat SPM.

Lama jugakla aku duduk rumah gentel telur sebab aku buat part-time jual sandwich telur masa menganggur. Disebabkan mak aku nak anak dia sambung belajar jugak, mak aku yang ibu tunggal (ayah aku dah meninggaI) tu la merayu naik turun universiti kat Malaysia ni nak carik tempat aku boleh sambung belajar.

Aku tak minta UPU sebab memang aku yakin sangat dengan keputvsan aku nak sambung luar negara. Kesiannya mak aku, berd0sa betul rasa. Berkat usaha dan doa mak aku, aku diterima masuk Universiti dalam course yang aku memang benci, tapi sangat cerah masa depannya.

Dalam benci – benci aku tu, aku dapat grad sebagai First Class dan jadi Best Student fakulti tu. Pada aku, dah alang – alang kena belajar, belajar la betul – betul. Bukan nak berlagak, tapi ada sebab aku nak cerita. Sabo eh. Korang pon bukan kenal aku pon.

Lepas aku grad je, aku terus diterima kerja dalam sektor awam. Aku secara tiba – tiba minat dengan dunia pelaburan. Saham, unit amanah, property semua aku study dan dalami. Aku cari cikgu dan mentor untuk ajar aku benda – benda ni.

Aku cari kawan di kalangan orang – orang yang sama wavelength dengan aku. Perbualan kami tak akan lari jauh daripada pelaburan macam rental yield, capital appreciation, market value, return of investment blah blah blah.

Senang cerita, duit duit duit aset aset aset. Bini aku dah mula nampak aku lain sikit dan dia ada ingatkan aku tapi aku macam biasa, buat tak tahu je. Hasil daripada kesungguhan dan konsisten mencari ilmu, dalam masa 2 tahun setengah, aku dapat kumpul duit 6 angka dan 8 hartanah untuk sewa, flip, buat abnb. (g3ng property tau lah bende ni). Dan aku rasa im on top of the world.

Kami laki bini gaji agak besar, jadi senang bagi kitorang nak melabur. Rezeki tuhan. Kami dapat rasa kebebasan kewangan, boleh berhenti kerja bila – bila masa disebabkan passive income yang agak lumayan dan juga tidak berkira untuk berbelanja.

Best kan setakat ni? Tunggu dulu brader. Apa yang aku kena k0rbankan untuk capai semua ni? Masa dan em0si anak – anak dan keluarga aku. Hari – hari aku dipenuhkan dengan sesi memburu rumah lelong, undercons dan juga monitor kaunter saham berpotensi. Masalah pon mula timbul.

Satu hari, cikgu tadika anak aku (aku hantar tadika yang paling mahal aku kira dengan harapan dapat beri terbaik untuk anak – anak aku) ada suarakan, anak aku SETIAP HARI buat perangai dan meragam di tadika. Asyik nak menjerit, mengamok, tak nak sana, tak nak sini.

Dan dia tak reti pon nak buat apa yang budak lain buat, main gelungsur, jongkang jongkit, buaian, semua tak reti dan takut. Dia tak reti nak berkawan pon. Aku tak tau kenapa kali ni aku terkesan sikit sebab selalunya hati aku keras.

Mungkin sebab cikgu tadika ada tanya macam mana aku laki bini luangkan masa dengan anak – anak kot. Aku tak boleh jawab sebab memang zero. Mungkin bibik aku yang boleh jawab soalan tu.. Balik daripada tu aku duduk dengan dengan bini aku, nak bincang masalah ni.

Bini aku pon mulalah sesi luahan perasaaan. Bini aku cakap dulu aku ceria, suka bergurau buat kelakar, suka tolong orang dan senangkan hati orang, tak berkira buat kebajikan, seorang anak yang baik dengan maknya dan anak – anak suka melekat kat aku.

Kembang b0ntot aku dipuji camtu, seluar aku makin mengetat. Namun pujian tu dipatahkan dengan isteri aku cakap aku dah berubah sekarang, sentiasa serius macam robot, berpaksikan duit, pentingkan diri sendri, anak – anak takut sangat dengan aku dan yang paling sedih, mak aku cakap aku dah bukan macam anaknya yang dulu.

Rupanya mak aku ada mengadu dengan isteri aku pasal aku. Aku semacam obses nak gandakan kekayaan aku. Bayangkan aku pernah sebat anak aku sebab dia merengek – rengek nak aku join dia main kejar – kejar masa aku sibuk monitor chart saham waktu cuti.

Eh, b*b* betul perangai aku bila diingatkan. Berair beb mata bila teringat. Sekarang pon tengah berair masa tengah taip ni. Apa yang aku sentiasa fikir adalah macam mana nak jimat duit supaya aku boleh buat lebih banyak duit dan aset lagi. Allahu, aku leka dengan dunia.

Bayangkan, dengan duit dan aset aku yang banyak tu, tak pernah aku nak plan bawak budak jalan – jalan, ambil angin luangkan masa untuk penuhkan keperluan rohani dorang tu. Malah aku sendiri tak dapat rasa duit aku sebab aku dah jadi bakhil.

Aku waktu tu berbangga di mana aku pakai kereta biasa, baju lama tapi aku ada duit tak luak guna dan aset berjuta. Pada aku orang macam tu adalah zuhud dan pandai kewangan. Bini aku pakai baju sampai koyak – koyak, handbag bertahun – tahun tak tukar namun dia akur dengan suami dia ni.

Bini aku g3ngster tapi dia taat dan dia rasa pada mulanya aku tau apa yang aku buat tapi aku tersasar. Tula pentingnya cari pasangan yang melengkapi satu sama lain. Isteri aku sambung lagi. “Abang tak rasa ke Allah tarik nikmat abang untuk rasa rezeki yang Dia beri? Semacam ada halangan untuk guna duit sendiri. Duit tu untuk siapa lagi kalau bukan untuk kita dan keluarga?”

(Orang perempuan boleh guna ayat ni mintak handbag baru kat laki korang, You’re welcome ladies, haha). Tapi betullah, manusia tak akan pernah puas. Selagi tak pandai bersyukur, selagi itulah kita tak akan rasa cukup. Aku tunduk je masa ni.

Aku tengok sekeliling rumah aku, rumah besar, tapi basikal budak pon takde. Tak pernah nak layan anak – anak aku main semua. Patutlah anak aku tak reti apa. Allahuakbar, aku betul – betul tersentak. Ayah minta maaf nak.

Aku minta maaf dengan bini dan keluarga aku sungguh – sungguh. Aku tutup terus buku pelaburan. Aku mulakan hidup baru 360 darjah. Pagi sebelum kerja aku bawa anak – anak main kat taman, pergi kerja, petang bawa budak jalan – jalan, main dan makan sama – sama, malam pergi masjid, hujung minggu lawat mak dengan mertua aku sambil biar anak aku main dengan sepupu dia.

Tak ada dah sesi bvru rumah lelong, undercon hujung minggu, tengok kaunter saham berjam – jam setiap hari. Aku hanya maintain pelaburan hartanah yang aku buat sebelum ni. Korang nak tahu apa yang jadi? Aku tak pernah rasa tenang dan bahagia macam ni.

Dan yang menakjubkan, cikgu tadika aku cakap dalam masa 2 bulan, anak aku daripada seorang yang kuat meragam, dah jadi budak yang sangat friendly dan happy. Hari – hari hati aku berbunga bila anak aku jumpa aku je akan cakap, ”saaaaaaayang ayah!” sambil senyum tayang gigi r0ngak.

Kalau jalan – jalan, kami berpegangan sambil ayun tangan. Aku laki bini jadi macam couple baru kahwin, suap – menyuap, usik mengusik dan bergurau macam dulu, dan lebih kasih sayang. Rumah aku meriah!! Hubungan aku dan mak aku pon bertambah – tambah baik dan rapat lepas kitorang bermaaf – maafan.

Alhamdulillah tuhan beri aku kesed4ran awal pasal ni. Tuhan sayangkan aku dan tak beri h4mba-Nya hanyut macam tu je. Aku akui sebenarnya celik kewangan tu penting, dengan ilmu tu la aku dapat bina portfolio aku yang buat hidup aku agak senang.

Korang kena ada plan macam mana nak bersedia dari segi kewangan kalau – kalau ada musibah ke berlaku. Ilmu urus kewangan semua patut tahu. Tapi berpada – padalah. Point aku sebenarnya, aku tak ingat sangat pon moment masa aku dapat straight A’s masa SPM, naik pentas ambil scroll first class honor masa grad, masa nikah pelamin grand, bila aku dapat beli rumah berbiji – biji, masa aku dapat tuai hasil investment aku dapat tunai berbondong – bondong.

Yang lebih terpahat pada memori aku ni ialah, civman bangga mak aku masa aku cakap result exam aku ‘ni untuk mak,’ jelingan bini aku masa aku berjaya lafaz akad nikah first try je (heh), perkataan pertama anak aku ialah ayah, kenangan kami jalan – jalan tepi pantai berpegangan tangan bila anak bongsu pandai berjalan. Tulah yang berharga. It’s the little things. – papadom