”Aku tak mengaku kau suami aku”, Lelaki cekup isteri dating dengan suami orang

”Aku tak mengaku kau suami aku”, Lelaki cekup isteri dating dengan suami orang

 

Aku tak mengaku kau bojo (pasangan/suami/isteri) aku“.

Itulah kata-kata menyakitkan yang terpaksa ditelan oleh seorang suami ini ketika menangkap isterinya keluar berdua-duaan dengan lelaki lain di sebuah kafe.

Rakaman berdurasi 2 minit lebih itu sudah meraih 7.8 juta tontonan sejak ia dimuat naik ke TikTok beberapa hari lalu.

11 tahun mendirikan rumah tangga, bukan senang bagi @abi.razqaw mahu menerima hakikat bahawa wanita yang dicintai itu sudah beralih kasih.

Menurutnya, khilaf perselingkuhan tersebut sukar untuk diubah memandangkan mereka berdua sudah sampai ke tahap melakukan hubungan badan.

Di sebalik pembongkaran ini, terdahulu dia kerap bermimpi isterinya melakukan hal tidak senonoh dengan orang lain. Namun apabila ditanya, wanita itu selalu mengelak dan tidak mengaku salah.

Hakikatnya sebagai suami, dia sudah tahu segala-galanya tentang hubungan terlarang tersebut. Bersedia melepaskan si isteri pergi, namun dia bertekad habis-habisan untuk mendapatkan hak jagaan anak kelak.

Lebih mengejutkan, lelaki terbabit rupanya sudah mempunyai isteri sendiri. Tidak sangka rakaman tersebut akan viral sebegitu rupa, dia cuma berharap semoga pasangan berkenaan kembali bertaubat kepada Allah.

Rela membiarkan kedua-duanya mencipta bahagia sendiri, namun si suami berkata biarlah ia dilakukan dengan jalan yang betul.

@abi.razqaw

Kalau tanya pasangan kita hilang rasa, pasti ada yg spesial di luar bahkan lebih. #savesad

♬ suara asli – Abi Razqa W. – Abi Razqa W.