“Aku pernah terlanjur dengan lelaki pakai blazer, lepas dua tahun cerai aku stalk FB bekas suami, menyesal sangat aku rasa”

“Aku pernah terlanjur dengan lelaki pakai blazer, lepas dua tahun cerai aku stalk FB bekas suami, menyesal sangat aku rasa”

 

Selalunya kes curang berlaku apabila timbul rasa tidak puas hati dengan kekurangan pasangan. Tapi, berlainan dengan kes yang dikongsikan wanita ini yang sendiri curang walaupun mempunyai suami yang sangat sempurna.

Menerusi pautan NGL yang dikongsikan oleh pengguna X, @meinmokhtar yang diterima daripada anonymous, seorang wanita meluahkan rasa kesalnya apabila berlaku curang walaupun hidup serba lengkap ditanggung bekas suami dengan baik.

Menurut wanita itu, bekas suaminya seorang lelaki yang sangat tenang dan sempurna dari pelbagai aspek. Dia dikatakan seorang yang matang, penyayang dan mampu memberi nafkah dengan sebaiknya.

Kongsinya sepanjang perkahwinan, kehidupannya serba lengkap lebih-lebih lagi ketika suaminya mendapat kerja yang lebih baik dengan pendapatan yang mampu menanggung seisi rumah.

Dia yang pada awalnya bekerja diminta untuk menjadi suri rumah sahaja untuk memberi fokus kepada anak-anaknya.

Namun, suatu hari dia berlaku curang apabila terlanjur dengan seorang lelaki yang dijumpainya ketika keluar bersama-sama rakan.

Dia mengakui, setahun lebih berlaku curang tanpa pengetahuan suaminya. Dia mula jauh dari bekas suami dan hubungan sulitnya terbongkar selepas si suami ternampak dirinya keluar dengan lelaki berkenaan.

Ghkushvbiaar54U

Ghkusupb0Aaormm

Menurutnya, selepas mereka bercerai, dia rasa seperti hilang segalanya dan lelaki yang dia berlaku curang juga menghilangkan diri.

Walaupun sudah bercerai, si suami masih kekal memberi nafkah untuknya dan dua orang anak mereka bagi keperluan harian, sekolah dan kesihatan anak-anak.

Dia memberitahu, si suami masih positif bertukar mesej dengannya dan mengakui rasa cemburu dengan ketenangan yang ada pada suami.

Ghkutvraoaa45Qj

Ghkut Wa8Aa0E H

Katanya, dia masih menaruh harapan terhadap bekas suaminya walaupun rasa hina atas perbuatan yang dilakukan.

Dia meminta kisahnya dijadikan pengajaran buat pasangan di luar sana supaya menjaga pergaulan agar tidak menjadi sepertinya.