“Aku ni ada kereta tau” – Nama kena ‘petik’ naik bas dengan Aliff Aziz, ini jawapan Haneesya Hanee

“Aku ni ada kereta tau” – Nama kena ‘petik’ naik bas dengan Aliff Aziz, ini jawapan Haneesya Hanee

 

Bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee jawab tuduhan yang mengatakan dirinya turut mempunyai hubungan dengan pelakon, Aliff Aziz susulan tularnya gambar seorang wanita menaiki sebuah bas bersama aktor terbabit pagi tadi.

Menerusi hantaran model terbabit di media sosial miliknya, dia meminta sesetengah netizen tidak menuduh seseorang secara melulu dan berfikir dahulu sebelum berkata-kata.

Ujarnya, dia mempunyai kereta sendiri dan tidak perlu untuknya menaiki bas ketika ini.

“Jangan petik-petik nama aku doo. Mak aku marah. Sebelum nak menuduh tu, cuba fikir dulu, fikir dulu biar betul dulu sebelum nak menuduh, nak menfitnah ni. 

“Aku ni ada kereta tau, kereta aku selesa, aku boleh baring boleh letak kaki, boleh buka lagu. Buat apalah aku nak naik bas. 

“Keduanya, just because both of them bestfriend, janganlah kau cari aku, apa kaitan dengan aku. Lah tiber pulak aku kena petik.

“Aku aman damai bersma family aku, tiba pulak dah benda alah ni 

“Yang lagi kelakar, setiap malam aku berdiskusi dengan mak aku tentang isu  Aliff Aziz ni, dah tu pulak nama aku yang kena petik,” ujarnya dalam nada ketawa.

@haneesyahanee_

Replying to @ngionggg🦋 😂🤣😂

♬ original sound – Haneesya Hanee – Haneesya Hanee

Haneesya juga meminta orang ramai untuk berhenti terlalu obses dengan ‘drama’ ini sehingga tanpa sedar mengaitkan orang lain dalam masalah yang sedang dihadapi beberapa selebriti itu.

Dia dengan tegas meminta jangan ada sesiapa yang mengaitkan isu tersebut dengannya kerana tidak memberi apa-apa manfaat kepada semua pihak kecuali menaikkan jumlah penonton di media sosial miliknya.

haneesya hanee jawab

Terdahulu, satu gambar memperlihatkan seorang lelaki dipercayai Aliff Aziz telah menaiki sebuah bas bersama seorang wanita yang memakai topi.

haneesya hanee jawab

Wanita yang juga skandal kepada aktor terbabit, Sarah Yasmine mendedahkan bahawa dia mengenali wanita tersebut namun tidak memberitahu siapakan gerangannya ketika membuat siaran langsung di aplikasi TikTok.