“Aku dipinang oleh madu aku sendiri, permulaan semuanya ok, malangnya aku dicop perampas bila ibu mertua semakin baik, bila giliran kakak madu, suami pula senyap2 tidur hotel”

“Aku dipinang oleh madu aku sendiri, permulaan semuanya ok, malangnya aku dicop perampas bila ibu mertua semakin baik, bila giliran kakak madu, suami pula senyap2 tidur hotel”

 

Assalamualaikum reader. Aku tahu title yang diberikan itu akan menjadikan ramai wanita triggered. Tapi sabar, baca dulu kisah aku.

Aku dipinang oleh madu aku sendiri 3 tahun lepas. Dia datang dengan niat yang baik bertemu ibu aku meluahkan hasrat. Aku tahu salah aku juga kerana berhubung dengan suaminya, tetapi tidak lebih dari majikan dan sahabat. Aku menganggap dia seperti abang aku dan tidak lebih dari itu.

Mulanya aku tidak dapat menerima pinangan tersebut, tetapi memandangkan bakal madu sendiri yang meminang, dan anak aku perlukan kasih sayang seorang bapa, aku menerima dengan hati terbuka.

Permulaan semuanya ok, aku tidak membantah hasrat suami bermalam di rumah kakak madu. Siap aku berikan 2 minggu dirumahnya 1 minggu dirumah aku.

Aku juga mempunyai kareer dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada suami 100% seperti kakak madu yang menjadi suri rumahtangga sepenuh masa.

Walaupun dibantah oleh emak, kerana tidak adil, tapi bagi aku itu bukan satu masalah yang besar. Aku berkahwin bukan ingin merampas suami kepada kakak madu. Aku dan anak hanya ingin menumpang kasih.

Sejak berkahwin, hidup aku semakin teratur, anak semakin menunjukkan sifat positif dan menjadikan suami sebagai idolanya.

Aku juga tahu persepsi masyarakat kepada isteri kedua, dicopkan sebagai perampas dan musnahkan kerukunan rumahtangga isteri pertama. Aku cuba sebaik mungkin untuk berlapang dada dan melebihkan kakak madu dalam segala hal.

Pernah anak aku demam berminggu-minggu dan waktu itu adalah giliran suami. Aku sendiri menghantar anak ke hospital tanpa beritahu suami kerana tidak mahu mengganggu waktunya bersama kakak madu dan anak-anak.

Malangnya aku telah dicopkan sebagai perampas apabila ibu mertua semakin baik dengan aku. Apabila giliran raya, aku kembali ke kampung halaman suami dan semua menyambut aku dengan baik.

Itu membuatkan kakak madu menjadi sasau dan cemburu kerana hubungannya dengan ibu mertua memang rapat.

Ibu mertua membahagikan kasih sayang sama rata. Dia tidak pernah bercakap jahat dan mengumpat. Waktu kehadiran aku, dia menyambut tanpa mengutuk kakak madu, samalah waktu giliran kakak madu melawatnya, tiada satu pun umpatan yang boleh membuatkan hubungan kami kucar kacir.

Mulalah kakak madu membuat luahan, hidupnya tidak bahagia, suami melebihkan aku dan segala keburukan aku dijaja. Suami juga semakin kurang bersamanya kerana tidak tahan layanan kakak madu semakin dingin.

Aku tetap menyuruhnya pulang kerana tidak mahu dicopkan sebagai jahat dan menambah tekanan didalam rumahtangga kami. Akhirnya suami tidur di hotel selama giliran kakak madu tanpa pengetahuan aku. Kakak madu terus menyerang FB aku dan memfitnah aku menyembunyikan suami

Aku tahu warganet bukan mudah untuk menerima luahan aku. Tapi ini lah terjadi antara kami bertiga. Aku sudah beritahu suami aku rela berundur diri kerana aku sudah biasa berdikari.

Cuma aku risaukan anak aku kerana hubungannya dengan suami amat rapat. Selalu solat bersama malah mereka akan jumpa setiap hari apabila suami mengambilnya di sekolah.

Buat masa sekarang aku masih menjadi isterinya. Aku sayangkan dia dunia dan akhirat, biarlah dia menjadi suami aku sehingga ke akhir hayat.

Buat suami tercinta, aku mohon maaf kerana kehadiran aku menambah episod duka didalam hidup abang. Harap abang dan kakak madu akan berbaik seperti sedia kala dan aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian sampai ke syurga

Buat netizen semua, janganlah terlalu memandang serong wanita yang menjadi isteri kedua, kami pun mempunyai hak yang sama, tetapi terpaksa membuang hak kerana pandangan serong masyarakat terhadap kami.

Ikhlas dan Salam,

Reaksi warganet

Yanti Zawani –Jahatkah menjadi isteri kedua? Sis tanya kami keee? Ntah la diri sendiri nilai la sendiri 😅. Kita boleh tipu orang lain tapi kita tak boleh tipu diri sendiri. Bila kita tahu diri kita buat sesuatu yang tak betul memang kita selalu tak akan tenang 🤔

Tenangkah sis? Gituuu kita jawab persoalan sis dengan pertanyaan 🤭

Norsyuhaili Shaharuddin –Walk the talk. Maksud saya, kalau rasa mengundur diri itu lebih baik dari menjadikan diri sebagai punca kepada semuanya yang berlaku, undur lah.

Ibu saya selalu pesan, bahagia ni kita yang cari bukan dia datang macam tu sahaja. So, kalau nak kebahagian dalam kehidupan kita carilah dia. InsyaAllah, bahagia itu akan hadir..

Nik Hakimah –Kalau kehadiran awak dalam keluarga sememang nya diundang. Maka jalan kan ur part and ignore the rest.

Same goes to ur kakak madu. Dia yang meminang. Kalau dia tak boleh terima, itu hal dia sendiri.

Bukan semua isteri kedua jahat. Yang menyondol tak tentu hala tu jahat.

Tapi jahat macam mana sekalipun kuasa tu di tangan lelaki. Jika dah jalan kan peranan, tanggung jawab. Tapi lelaki tetap lelaki tak guna pun tak jadi juga.

Adawiyah Shaarani –Ramainya yang menyindir. Eloklah jangan menyindir takut kena hidung sendiri.

Jiran saya memang anti gila dengan isteri kedua walaupun takde kena mengena dengan hidup dia.

End up anak dara dia tertangkap dengan laki orang, dah selamat berkahwin alhamdulillah. Kesian kat makcik tu la dah jarang sertai aktiviti masjid..

Cukup saya beringat nak mengata.

Syazana Hadenan –Senang cerita, puan dah ambil laki dia. Ambil ibu mentua sekali. Dan maybe family mentua sekali.

So what do you expect? Bila semua dah kena sailang? Ye, memang kena ambil hati org tua tapi tengok kepada keadaan dan kesesuaian waktu jugak. Well, ini ujian p0ligami.

Yang laki pun, pergi tambah api bila tidur kat Hotel bila turn bini pertama, Haah. bijakkk sangat. Dah dapat baru, yang lama terus nampak tak elok kan. Padahal yang lama tu buat perangai sebab perangai suami jugak. Masing2 kena muhasabah jela.

What do you expect from life of p0lyangamy? Kahwin dan happily ever afterrr? Puan dah rampas hak seseorang. And there’s always price for that.

– Sarah (Bukan nama sebenar) via IIUMC