“Aku dan suami punyalah berjimat, sampai kat mentua disuruhnya beli peti ais, aircond, senang betul hati”

“Aku dan suami punyalah berjimat, sampai kat mentua disuruhnya beli peti ais, aircond, senang betul hati”

 

Ibu bapa jangan menggunakan alasan membesarkan anak sejak kecil asbab untuk meminta duit dari mereka apabila sudah bekerja.

Lebih parah anak dengan kerja lebih baik pula berkorban dengan membayar lebih kepada ibu bapa sedangkan itu tanggungjawab semua anak.

Seorang wanita Cempaka (bukan nama sebenar) meluahkan rasa tak puas hati dengan sikap boros mentua.

Di bawah adalah perkongsian tersebut.

Baru ni ada luahan tentang suami yang jadi tempat sandaran keluarga.

Kalau ikut Islam, memang tak salah untuk anak lelaki membantu ibu bapanya. Akan tetapi turutan nafkah haruslah betul dan keluarga kena sedar kedudukan.

Aku faham perasaan tukang luah sebab pengalaman aku agak sama. Keluarga suami terlalu bergantung kepada suami sampai tahap tak berdikari.

Aku katakan keluarga ya, bukan sekadar ibu bapa mertua. Betul, kami suami isteri direzekikan ada pekerjaan yang stabil dan dari segi luaran mungkin nampak agak senang.

Tapi ini bukan bermakna kami sering tunjuk mewah sebab kami sangat bersederhana dalam kehidupan. Kami sentiasa berjimat dan menyimpan untuk masa kecemasan dan masa depan anak.

Orang nampak kami senang sebab kerjaya kami, tapi orang tak nampak yang kami pakai kereta yang sama walau kereta itu dah berbelas tahun usianya.

Selagi elok, pakai. Barang rumah pon beli yang berbaloi sahaja, tak beli di kedai mahal.

Pakaian pun sama, setiap kali raya, kami suami isteri beli satu je baju baru. Anak-anak kami beli lebih sikit. Duit kami selain menyimpan, kami banyak pakai untuk bawa anak bercuti.

Kami bawa anak bercuti dalam negara sahaja sebab kami sedar hari biasa kami sangat sibuk dengan kerja jadi masa cutilah masa untuk luangkan masa dengan anak-anak.

Yang jadi isunya adalah pabila keluarga mentua tidak reti berjimat. Boros dan bila sesak, cari suami. Mereka kurang berusaha tapi selalu buat ayat sedih dan acah mangsa.

Contohnya suami ada seorang kakak yang tak bekerja dan tinggal berdekatan dengan rumah mentua.

Jadi memang selalulah dia dan keluarganya singgah dan tidur di rumah mentua. Konon dia anak yang baik sebab selalu melawat mentua,

Tapi sebenarnya aku tengok dia macam suka balik sebab dia boleh tenang main telefon, bab lain, mentua uruskan.

Makan, mertua masak, rumah tak perlu kemas sangat, baju mertua basuh dan lipatkan, anak-anak boleh dijaga bersama-sama. Duit dia pun jimat sebab tak perlu beli bahan dapur etc.

Walaupun dia sekeluarga yang rajin tidur rumah mertua, bila ada kerosakan etc, mertua akan call suami aku untuk bayar kerosakan itu ini.

Contohnya baru ni peti ais rosak, kelam kabut mertua call minta betulkan atau beli baru sebab susah barang dalam peti ais rosak.

Sebelum tu kakak suami yang kerap datang rumah mentua mengadu rumah panas, minta suamiku belikan aircond sebab katanya kesian mertua duduk dalam rumah yang panas.

Tak faham kenapa kena minta daripada suami aku saja, bukan ke lebih baik minta adik beradik seorang sikit sponsor aircond kot.

Tak pun since sebenarnya kau yang rasa lecah ketiak duduk rumah mentua, kau la belikan. Kalau tak mampu beli aircond, belikan la extra kipas, ini tak, terus minta.

Ada benda yang reasonable boleh la suami aku belikan tapi kalau bukan keperluan, ada masanya suami tak beli dan message adik beradik lain minta kongsi bayar.

Tapi macam biasa ada adik beradik yang respon kurang berduit untuk turut sama menyumbang. So biasanya portion from suami aku paling besar.

Aku tak kisah suami tolong keluarga dia kalau benar mereka orang susah tapi tolonglah sedar anakmu kini ada keluarga sendiri untuk dinafkahi. Mainkan peranan sama-sama.

Dah tahu tak berduit sangat, berjimatlah, jangan terlalu meminta sehingga menyusahkan anak menantu atau membuatkan anak menantu bergaduh.

Mentua suka tunjuk mewah padahal tak mampu

Yang aku perasan mereka suka tunjuk mewah sebab katanya ada anak yang bekerjaya bagus, sangat bangga boleh tanggung itu ini tanpa berfikir komitmen anak.

Bayangkan raya, dua tahun sekali kena tukar langsir dan karpet. Tiga ke empat tahun sekali kena tukar perabot, baru meriah katanya.

Juadah raya kena pelbagai, baru nampak kaya. Kuih raya nak jenis premium yang tentunya mahal, tapi nak banyak jenis dan minta dari suami aku.

Katanya untuk jamu tetamu kena bagi yang terbaik, padahal pakai duit orang. Korang tau kan kuih raya premium berapa harganya dan kalau kena beli berjenis-jenis, korang rasa?

Tu belum bab kalau kuih raya tak habis, senang hati je buang lepas raya sebab kononnya kuih dah lama. Padahal kalau rasa, elok je lagi kuihnya.

Sayang kot duit dan makanan tu. Tapi since bukan mereka yang beli, memang tak rasa apa-apa sangatlah setakat membuang dan membazir.

Mak mentua aku suka cerita pasal anak kawan dia yang selalu bawa bercuti sana sini. Itu sebenarnya hint dia nak kami bawa berjalan.

Setahun sekali memang kami ada bawa dia berjalan tapi tak boleh kerap sebab biasanya adik beradik lain nak ikut tapi macam biasa semua mengharapkan kami.

Contohnya pernah pergi bercuti ke pantai timur. Ada aktiviti pulau dan sebagainya juga. Tapi dari rumah mentua nak ke pantai timur agak jauh.

Masing-masing tak larat drive katanya, minta sewakan kereta besar berserta pemandu. Suami cakap mahal, baik bawa kereta masing-masing.

Boleh pula kakak suami cakap, duit ko banyak-banyak nak buat apa, baik menyumbang kepada keluarga, senangkan keluarga, tak ingat dah ke pengorbanan keluarga lepas dah senang?

Mentua pon pujuk suami aku jadi main sponsor trip bercuti. Suami aku jadi serba salah bila mertua masuk campur.

Aku kesian kat suami, antara nak jadi suami dan bapa yang baik untuk keluarga kecilnya dan juga jadi anak yang baik untuk ibu bapanya.

Ada benda kami boleh elak, kami elak, kalau takde pilihan, kami tutup mata, jalan je dengan harapan Allah murahkan rezeki kami.

Bila bercuti, kakak dia suka lepas tangan. Dia suruh anak-anak pimpin tangan saudara dengan alasan bonding time padahal dia laki bini nak dating dengan aman.

Penat layan perangai sorang-sorang. Kalau ditegur, merajuk, lepas tu mentua akan side dia. So diam je la lainlah tak tahan sangat.

Aku pernah terasa dengan mentua yang selalu katanya tak berduit. Tak rasa hidup kaya. Tapi tak tahulah apa yang susahnya, bil-bil rumah anak-anak yang bayar.

Setiap bulan anak-anak bagi duit. Maintenance kereta dan segala kerosakan suami aku tanggung. Barang rumah rosak, call je suami aku untuk setelkan. Apa yang susah lagi?

Semua suami kena bayar, anak lain buat tak tahu

Bila nak sesuatu, bila tak ada duit dicarinya suami aku. Bila berduit, kami dilupakan. Pernah mentua dapat duit terpijak, dia belikan anak perempuan dan cucu perempuan dia barang kemas. Anak aku tak dapat sebab anak aku lelaki.

Aku tak kisah pon anak aku tak dapat, tapi terasa kecil hati jugalah sikit. Kenapa perlu discriminate?

Ya lelaki tak pakai barang kemas, tapi kalau dia adil, duit yang nak spend kat cucu-cucu boleh bagi seadilnya.

Macam mak bapa aku, bila beli barang kemas harga RM500 kat cucu perempuan, anak lelaki aku dapat cash RM500.

Tapi ye la duit mentua, suka hati dialah. Cuma aku terkilan sebab dia cerita kat aku, baik tak perlu cerita.

Tahun lepas Kakak ipar aku bagi cadangan nak bercuti kat homestay with private pool, minta suami aku carikan homestay konon nak buat family day.

Suami suruh dia uruskan dan kumpul duit semua adik beradik, sebab suami sibuk hujung kerja hujung tahun, tak dapat manage. Sampai sudah senyap je cadangan tu. Haha.

Sebab selama ni kami kena atur, dulukan duit sendiri, tapi lepas tu masing-masing bayar sikit atau terlupa. So dapatkan free vacation. Sorry ya, no more. Kebaikan ada batas. Berusahalah sendiri jika nak apa-apa.

Dipaksa bayar makanan

Ipar lagi seorang suka update media sosialnya. Bulan lepas dia buat kenduri aqiqah anak dia. Dia decide nak buat kambing golek.

Tempah baju baru, pelamin baby, dessert table dan beli doorgift, tapi sebabkan ianya trend, ipar aku kena buat. Tak boleh kalah.

Kalau tengok list tu korang tau kan benda tu mahal dan sebenarnya tak perlu? Aqiqah zaman dulu buat kenduri, ya.

Tapi buat nasi berlauk sebab lebih kenyang dan jimat. Tapi jamu kambing golek nampak classy dan presentable kan, so dia tempahlah.

Then mentua aku cakap tak ada makanan berat lain, kesian tetamu. Ipar aku cakap dah beribu habis, tak ada duit dah nak tambah makanan lain.

Jadi mentua pon cakap kat adik beradik lain, suruh sponsor sorang sikit. Mentua list kan menu tambahan dan semua kena menyumbang. Tiba kannn. Haha.

Orang lain taste nak majlis mewah, tak pasal-pasal semua orang kena keluar duit. Padahal boleh je adjust betul-betul dan jangan overspend dekat benda tak perlu.

Kalau rasa masih tak puas kikis duit anak atau adik beradik, jangan bagi dia kahwin, jangan biar dia buat dosa kalau isteri tak redha.

Tapi sanggup ke korang tengok adik korang hidup sorang-sorang bilamana korang bahagia ada keluarga kecil masing-masing? Tepuk dada, tanya selera.

Berubahlah, berjimatlah dan berusahalah semampu mungkin.