“Aku dah berhenti pun, dia usik lagi aku” – Cikgu Ayu dedah punca resign, dakwa masih diaibkan pegawai atasan

“Aku dah berhenti pun, dia usik lagi aku” – Cikgu Ayu dedah punca resign, dakwa masih diaibkan pegawai atasan

 

Nama Cikgu Ayu yang kini sudah menjadi usahawan sepenuh masa pastinya masih diingati oleh netizen khususnya di media TikTok.

Walaupun sudah tidak berkhidmat sebagai pendidik, wanita ini merasa sungguh terkilan setelah mendapati ada seorang pegawai KPM seakan-akan terus menindas maruah dirinya.

Justeru, Cikgu Ayu nekad mendedahkan segala kebenaran yang sudah lama dipendam sekaligus membersihkan semula nama baiknya.

Ketika berkhidmat sebagai guru prasekolah, Cikgu Ayu berdepan tekanan daripada pegawai tersebut yang mengerah agar kawasan sekolah tempatnya bertugas dicantikkan sehabis baik.

Walaupun tidak mendapat peruntukan sewajarnya, Cikgu Ayu sanggup berhabisan kira-kira RM10,000 untuk menampung kos lukisan mural di sekitar kawasan sekolah.

Bukan luaran sahaja, malahan Cikgu Ayu bersama rakan sekerja lain yang bertugas waktu itu turut mengambil inisiatif untuk menghias ruang dalam prasekolah menggunakan kudrat semampunya.

Malangnya, segala titik peluh dan pengorbanan yang dicurahkan ibarat langsung tidak dihargai oleh pihak atasan tersebut.

Namun entah mengapa, individu itu seakan tidak telus dalam menilai dan sentiasa mencari kesalahan remeh ketika pemantauan dijalankan di prasekolah kendalian Cikgu Ayu.

Bukannya mendapat ucapan terima kasih, guru wanita ini malah dipindahkan ke sekolah lain setelah berhempas-pulas menceriakan prasekolahnya.

Tidak cukup di situ, Cikgu Ayu juga kesal kerana individu sama telah menggunakan nama serta gambarnya dalam beberapa taklimat bersama cikgu-cikgu lain sebagai contoh buruk.

Walaupun jiwa pendidiknya masih kuat, tekanan bertubi-tubi yang dirasakan akhirnya membuatnya nekad untuk meletakkan jawatan.

“Lama aku sabar. Aku dah berhenti pun, dia usik lagi aku”

 

@cikguayu_imtecerdua

Replying to @miera izzmiey korang kena tahu kebenaran☺️

♬ original sound – Cikgu ayu empire 2 – Cikgu ayu empire 2

@cikguayu_imtecerdua

Replying to @Murrahsiid bercakap mudah☺️

♬ Ya Habibal Qolbi – Anisa Rahman