Aktivis kemanusiaan, kantoi dicekup di hotel bersama lelaki
Seorang aktivis kemanusiaan wanita dan pasangannya ditahan pihak berkuasa di sebuah bilik hotel dekat sini tengah malam kelmarin.
Sumber polis berkata, pasangannya yang juga seorang penulis buku ditahan selepas pihak berkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.
Aktivis wanita itu sebelum ini pernah terbabit dalam beberapa misi kemanusiaan bersama badan bukan kerajaan (NGO) termasuk di Gaza sekitar 2012.
Dia pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki Arab dan mengusahakan perniagaan makanan di negara ini.
Sumber itu berkata, pasangan itu ditahan jam 12.45 tengah malam dan dibawa ke Balai Polis Taman Seri Muda untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Pengarah Jais Datuk Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.
“Ya. Kita menerima laporan polis berkenaan dan akan bertindak menyiasat lanjut semua perkara yang bersangkutan dengan kesalahan jenayah syariah tanpa memilih dan menilai siapa terbabit,” katanya. – HM