Aksi tidak senonoh dimuatnaik ‘Dark Side’ Account, gadis ini dibelasah apabila minta bertanggungjawab

Aksi tidak senonoh dimuatnaik ‘Dark Side’ Account, gadis ini dibelasah apabila minta bertanggungjawab

“Nanti abang delete ya”

Twitter merupakan salah satu platform media sosial yang ramai pengguna dari Malaysia. Bahkan dikatakan ramai anak muda ‘melepak’ di Twitter berbanding dengan platform sosial media yang lain.

Setiap dari kita tahu, sekiranya betul penggunaan media sosial, maka akan eloklah maklumat yang diterima. Sebaliknya, jika salah gunakannya, banyak mudarat yang akan terhasil daripada penerimaan info yang salah.

DS Account merupakan salah satu bentuk penyalahgunaan profil media sosial Twitter yang amat teruk pada masa kini. DS merupakan singkatan kepada Dark Side yang membawa maksud sisi gelap seorang pengguna sosial, di mana pengguna tersebut mempunyai satu lagi akaun Twitter yang memaparkan dirinya 180 darjah berbeza daripada dirinya di dunia realiti.

Pihak polis juga sentiasa mengekori rapat akan kegiatan yang dijalankan oleh pemilik DS account.

Antara penyalahgunaan DS account ini adalah seperti khidmat langganan seks, penyebaran berita palsu, fitnah dan sebagainya.

Sehinggakan seseorang yang boleh dikategorikan mempunyai profil yang baik serta boleh dikatakan berjaya dalam perniagaan turut menyalahgunakan teknologi ini untuk melempiaskan nafsu yang terpendam dalam dirinya.

Terbaru, seorang pengguna akaun Twitter dengan nama nurmk telah berkongsi di pautan rakan kongsi seorang ahli perniagaan yang boleh dikatakan punyai nama dalam bidangnya dan membuat kenyataan bahawa telah dianiaya oleh ahli perniagaan tersebut.

 

nurmk menyatakan bahawa telah duduk serumah dengan ahli perniagaan tersebut, dipukul kerana ditakuti mengandung. Bahkan, gambar-gambar seks mereka berdua telah dimuatnaik ke Twitter DS Account ahli perniagaan tersebut.

Asbab daripada perlakuan kasar ahli perniagaan tersebut, gadis bernama nurmk ini telah meminta warga Twitter untuk menyebarkan tentang kejadian yang berlaku serta telah membuat laporan polis ke atas ahli perniagaan tersebut.

WhatsApp Image 2021-07-13 at 8.16.40 PM

test1

Inkedtest13_LI

WhatsApp Image 2021-07-13 at 8.16.43 PM

test3

test4

test5

test6

WhatsApp Image 2021-07-13 at 8.16.45 PM

test7

DS Account yang digunakan oleh ahli perniagaan tersebut sememangnya penuh dengan konten yang berbaur lucah.

test8

test9

Setelah hantaran oleh nurmk mula tersebar di laman Twitter, ahli perniagaan tersebut telah merayu kepada gadis ini untuk menurunkan semula hantaran tersebut serta membidas kenyataan gadis tersebut.

test10

ds account

Dengan segala bukti yang nurmk ada seperti audio dan juga tangkap layar DS account ahli perniagaan itu, gadis tersebut telah membuat keputusan bijak dengan membuat laporan polis.

ds acccount

Mengikut kepada hantaran yang lain, ahli perniagaan ini pernah melakukan perkara yang sama menggunakan DS account yang lain.

ds account

Walaupun apa yang dilakukan oleh kedua mereka tidak menepati budaya dan nilai agama, namun penganiayaan terhadap wanita adalah perkara yang perlu dipandang serius.

Semoga ada keadilan untuk gadis tersebut.

Sumber: Odisi