Aisyah Hijanah dihadiahkan bunga berharga RM1.6K dari seseorang, rupanya ini kisah sebenar yang terjadi
Di saat krisis rumah tangga Aisyah Hijanah dan Alif Teega sedang menjadi perhatian hangat, difahamkan ada seorang individu telah memberikan hadiah yang cukup istimewa buat wanita tabah itu. Pemberian ‘misteri’ itu merupakan satu jambangan bunga mawar merah bersaiz besar yang dikirimkan terus ke butik influencer berkenaan.
Belum apa-apa dah ada orang hantar bunga ni @Alif Teega…Jangan main-main – Aisyah Hijanah
Menerusi paparan WhatsApp Aisyah Hijanah dan pekerjanya yang tersebar, mereka juga agak terkejut apabila kiriman istimewa itu sampai di sana. Bahkan, Aisyah kemudiannya sempat ‘tag’ Alif Teega dalam ruangan group WhatsApp berkenaan bagi memaklumkan tentang bunga tersebut.
Aku nak bagi tahu….Bunga tu daripada aku, aku yang bagi…
Sedikit sebanyak, hal ini telah menimbulkan spekulasi netizen termasuklah tanggapan ada ‘seseorang’ yang sudah mahu mendekati Aisyah. Namun akhirnya, kisah di sebalik bunga ros tanpa nama pengirim itu terjawab jua. Rupa-rupanya, ia adalah pemberian istimewa daripada rakan influencer Aisyah sendiri iaitu Sally Whoo. Dalam klarifikasi yang dibuat, Sally telah menyertakan bukti dia berurusan dengan pihak penjual dan penghantar bunga itu.
Aku memang hantar just for Aisyah…Takde share dengan sesiapa
Lebih melucukan, sebenarnya Sally sudah memberitahu Aisyah lebih awal dia bakal menghantar sesuatu ke sana. Cuma, dia tidak perincikan apakah barang berkenaan dan terlupa untuk menyertakan nama pada kad. Mulanya Salley enggan mendedahkan perkara ini, namun penjelasan terpaksa dibuat bagi menjernihkan kekeliruan atau salah faham yang sudah tercetus.
@sallywhoo Sekadar nak clearkan keadaan 🥺🤍 Sorry la lupa tulis nama 😭 @aisyahhijanah