Ingatkan kacang hitam, rupanya bangkai ular dalam aiskrim

Ingatkan kacang hitam, rupanya bangkai ular dalam aiskrim

 

Ingatkan kacang hitam, rupanya bangkai ular dalam aiskrim

Seorang lelaki di Thailand terkejut selepas menjumpai bangkai seekor ular yang sudah membeku dalam sebatang aiskrim yang dibelinya.

Beliau berkongsi penemuan ‘pelik’ itu menerusi hantaran di akaun Facebook pada 4 Mac lalu dengan berita itu tular dalam masa singkat.

Individu terbabit turut memuat naik foto aiskrim terbabit dengan bentuk reptilia itu jelas kelihatan pada aiskrim berkenaan.

Setakat petang semalam, hantaran itu mendapat 8,400 reaksi, 2,400 komen dan dikongsi oleh 9,100 pengguna media sosial terbabit.

Kepala ular berwarna hitam-kuning itu dapat dilihat dengan jelas dalam foto yang dikongsikan lelaki terbabit.

Dalam catatannnya, lelaki terbabit memberitahu dia membeli aiskrim potong berperisa kacang hitam itu dari gerai tepi jalan.

Beberapa pengguna media sosial turut memuat naik komen mengenai kejadian itu, ada yang berseloroh sama ada ular itu akan hidup semula di bawah cuaca panas, dan seorang lagi individu berkata aiskrim itu mengandungi lebih ‘sumber protein’.

Netizen lain meluahkan rasa ‘seram’ dengan penemuan yang tidak dijangka itu.

Netizen turut membuat spekulasi mengenai spesies ular itu. Beberapa individu meneka ia mungkin ular pokok emas atau nama saintifiknya ‘chrysopelea ornata’.

Menurut laman sesawang Taman Negara Thailand, ular pokok emas itu daripada spesis berbisa dan boleh ditemui di banyak negara termasuk India, Bangladesh, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam.