‘Air Terjun Tanjung Batu sebenarnya masih terpelihara’
‘Air Terjun Tanjung Batu sebenarnya masih terpelihara’.
Demikian tegas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamarudin susulan kawasan air terjun di kawasan Hutan Simpan Segari Melintang di Pantai Remis yang dikatakan musnah akibat aktiviti kuari itu.
Beliau berkata, air terjun berkenaan langsung tidak terjejas dan berada di luar kawasan yang diberi lesen mengusaha hasil pengeluaran batu kuari iaitu berjarak satu kilometer dari tapak kuari tersebut.
Menurutnya, kawasan terjejas yang tular dalam media sosial dan media massa sebenarnya adalah alur air bermusim yang muncul apabila berlaku hujan terutama ketika hujan lebat. – UO