“Air mata seorang ayah” – Duduk tepi pusara, warga emas tulis nama anak di kayu nisan undang sebak
Video seorang warga emas tulis di nisan anak bikin sebak apabila lelaki berkenaan dilihat menahan tangis duduk di samping pusara yang sedang ditimbus.
Menerusi perkongsian dari nealea95, lelaki warga emas berkenaan dipercayai sedang menulis nama anaknya yang meninggal dunia dan dalam proses untuk dikebumikan.
@nealea95 Airmata seorang ayah yang kehilangan anak lelakinya.. hancurr #fyp
Dia yang dilihat merenung kayu nisan sementara selepas menulis nama anak lelakinya nampak begitu hiba apabila beberapa kali berhenti seakan memastikan sama ada perkataan yang ditulis betul.
“Air mata seorang ayah yang kehilangan anak lelakinya….hancur,” tulis kapsyen tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang akui sebak melihat video terbabit kerana bukan mudah untuk melihat orang tersayang pergi dihadapan mata lebih-lebih lagi anak yang diazankan suatu ketika dahulu.
Ada juga warganet yang turut berkongsi kisah hampir sama dan mengakui situasi tersebut sangat perit untuk dihadapi.