“Air mata & lakonan hebat boleh menutupi mata manusia..” – Ibu Aliff Aziz sindir Bella Astillah?

“Air mata & lakonan hebat boleh menutupi mata manusia..” – Ibu Aliff Aziz sindir Bella Astillah?

 

SELEPAS membuat pendedahan sikap curang suaminya, ibu mentua Bella Astillah tampil dengan hantaran terbaharu di media sosial dipercayai menyindir aktres berkenaan.

Siti Hafizah Basharahil dalam hantaran di Instastory menggambarkan air mata seseorang mampu meraih simpati ramai serta menutup satu kesalahan.

“Air mata dan lakonan hebat boleh menutupi mata manusia akan perbuatan dan siapa kita yang sebenarnya.

“Tetapi yakinlah kita akan takut dengan bayang-bayang diri sendiri,” ujarnya.

Pada petang Rabu, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, secara terbuka mendedahkan Aliff berlaku curang sebanyak 11 kali sepanjang perkahwinan mereka.

Dalam nada sebak dan air mata yang berjurai, Bella turut mendedahkan suaminya itu pernah berlaku curang dengan adik perempuannya sendiri iaitu Eriqa Astillah.

Bagaiamanpun disebabkan mahu mempertahankan rumah tangga dan terlalu sayangkan Aliff dia sanggup membuang keluarga sendiri.

“Punyalah saya sayang dekat Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Saya tak pernah beritahu sesiapa mengenai perkara ini tetapi saya terpaksa juga bongkar,” luahnya.

Bella pada temu bual sama turut menjelaskan dia hanya menggunakan pelakon baharu Muaz Zabir bagi membuatkan Aliff cemburu disebabkan pelakon asal Singapura itu curang dengan dua orang wanita.

Bella memberitahu perkara itu selepas muncul perbualan dan foto mesra dia dan Muaz di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan netizen.

Pada ada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula pada 4 April 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Nama Aliff sebelum ini juga menjadi bualan hangat selepas dia ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas dakwaan khalwat bersama pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Malah Bella juga memberitahu dia mempunyai bukti Aliff bermain kayu tiga dengan Ruhainies di belakangnya.

“Aliff tahu saya ada banyak bukti. Tapi takkan di bulan puasa saya nak tunjuk video tidak senonoh.

“Antara Aliff dan Ruhainies ada perbualan tidak senonoh. Semenjak perubahan Aliff saya letak recorder dalam kereta,” jelasnya.