Aina Abdul mengaku tak pernah basuh 200 baju ‘show’, berhasrat buka galeri suatu hari nanti

Aina Abdul mengaku tak pernah basuh 200 baju ‘show’, berhasrat buka galeri suatu hari nanti

 

Penyanyi berbakat besar, Aina Abdul mendedahkan dia tidak pernah membasuh 200 busana mega yang pernah diperagakannya sewaktu melakukan persembahan.

Busana itu termasuklah ketika di awal kemunculannya yang memperagakan gaya-gaya pelik.

Memetik OhBulan!, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani memberitahu, dia sama sekali tidak akan menjual baju-baju tersebut kerana itu adalah kenangan buatnya sebagai seorang yang bergelar penyanyi.

“Rasanya, saya dah ada lebih 200 pasang semuanya dan saya sama sekali tak akan jual sebab itu adalah kenangan.

“Malah, baju-baju itu saya tak basuh pun sebab dia ada nilai sentimental yang tersendiri sebab bagi saya baju-baju itu ‘hidup’.

“Jumlah 200 pasang baju itu adalah dikumpul dari kemunculan awal saya mula memperagakan fashion pelik di kaca televisyen,” katanya.

Tambah pelantun lagi ‘Sepi’ itu lagi, dia merancang untuk menempatkan kesemua koleksi bajunya itu di dalam satu galeri yang sama untuk tatapan peminat.

“Baju-baju ikonik saya yang saya pakai di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke, di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke saya tak akan sentuh semula (retouch). Macam mana saya pakai, macam mana saya tinggalkan baju itu, macam itulah keadaannya.

“Saya juga rancang satu hari nanti, saya nak adakan galeri saya sendiri. Saya dah perhabis ratusan ribu untuk baju-baju tersebut jadi tak salah untuk kita buat duit satu hari nanti,” katanya lagi.