Ahli perniagaan saman doktor gara-gara rawatan besarkan zakar tak berjaya

Ahli perniagaan saman doktor gara-gara rawatan besarkan zakar tak berjaya

 

Seorang doktor disaman oleh pelanggannya selepas dia didakwa gagal melakukan prosedur pembesaran zakar seperti yang diminta.

Mangsa, Ilter Turkmen yang juga seorang ahli perniagaan mendakwa kemaluannya menjadi semakin kecil selepas dia menjalani prosedur berkenaan.

Menerusi dokumen mahkamah, Turkmen yang berasal dari Tekirdag, Turki, mendapatkan khidmat Dr Haluk Soylemez untuk membesarkan zakarnya.

Namun, prosedur yang berlangsung pada Januari 2022 itu bertukar tragedi apabila mangsa mendakwa dia mengalami kesakitan, kemaluannya menjadi semakin kecil dan berparut.

Mangsa yang berang dengan hasil rawatan itu menuntut £13,000 (RM76,422) sebagai pampasan.