Ahli perniagaan didakwa terlibat aktiviti pengubahan wang haram untuk beli Lamborghini RM1.8 juta

Ahli perniagaan didakwa terlibat aktiviti pengubahan wang haram untuk beli Lamborghini RM1.8 juta

Seorang ahli perniagaan direman selama lima hari bermula hari ini kerana dipercayai terlibat dalam pengubahan wang haram bagi membeli sebuah supercar bernilai RM1.8 juta untuk dirinya.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Menurut sumber, suspek berusia 43 telah ditahan kira-kira pukul 5.20 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Katanya, suspek dipercayai memperoleh wang menerusi penjualan kereta Ferrari bernilai hampir RM1 juta bukan miliknya bagi membeli sebuah kereta Lamborghini bernilai RM1.8 juta untuk dirinya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Sumber: Kosmo