‘Ah Long sudah bermutasi dengan gaya baru’ – Pinjaman peribadi GOpinjam dari Touch ‘n Go undang pertikaian netizen

‘Ah Long sudah bermutasi dengan gaya baru’ – Pinjaman peribadi GOpinjam dari Touch ‘n Go undang pertikaian netizen

 

Pada 1 April 2022, Vocket melaporkan bahawa Touch ‘n Go eWallet telah memperkenalkan produk kewangan baharu iaitu skim pinjaman peribadi digital yang dikenali sebagai GOpinjam.

Skim pinjaman peribadi digital tersebut membolehkan pengguna yang layak boleh memohon pinjaman peribadi sehingga RM10,000 dengan ansuran fleksibel dari 1 minggu hingga ke 12 bulan.

Apa yang mengejutkan adalah kadar faedah tetap antara 8% sehingga 36% setahun bergantung kepada tempoh pinjaman. Kadar faedah yang agak tinggi mendapat perhatian ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan ini adalah ‘jerat’ untuk orang ramai kerana boleh membuatkan mereka muflis jika tidak mampu membayarnya kelak.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berpendapat kadar interest yang dikenakan cukup tinggi dan akan memakan diri. Malah, rata-rata netizen turut menasihati anak muda agar tidak terpengaruh untuk membuat pinjaman yang mengamalkan riba.

Segelintir netizen juga berpendapat untuk membebankan diri sendiri dengan membuat pinjaman yang memiliki kadar interest tinggi. Untuk pengetahuan anda, CIMB e-Zi Tunai adalah produk perbankan konvensional dan tidak mematuhi Syariah.