ADUN PN rasmikan mesin ATM, kena ‘bahan’ teruk di Internet

ADUN PN rasmikan mesin ATM, kena ‘bahan’ teruk di Internet

 

ADUN Perikatan Nasional, Bahari Mohd Nor menjadi bahan sindiran ramai gara-gara merasmikan mesin ATM baharu di kawasan Pasar Pekan Gual Ipoh, Kelantan.

Dalam satu hantaran di media sosial, beliau berkongsi video majlis perasmian tersebut sebagai usaha untuk menyebarkan perkembangan terbaru yang dibawa kepada para pengundinya.

Dalam ucapannya berkata, “Bagi penduduk bandar, ini mungkin perkara biasa, tetapi di tempat seperti ini, ia mungkin sesuatu yang luar biasa.”

Namun, reaksi netizen terhadap peristiwa ini tidak begitu positif.

@malaysia_times

Panggil Tok Ngulu rasmi takpo dah kot. HAHAHA. #GualIpoh #Kelantan #MesinATM #Rasmi #PN #fyp

♬ original sound – Malaysia Times – Malaysia Times

Ramai yang merasa tidak puas hati dengan cara perasmian tersebut diadakan.

“Pasang mesin ATM bukanlah satu masalah. Tetapi mengadakan majlis perasmian besar-besaran tu menjadi masalah,” komen seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi pengguna berkata, “Hanya di Kelate akan jadi luar biasa untuk mempunyai mesin ATM. Di Selangor, mesin ATM tidak begitu relevan lagi kerana kita telah beralih kepada pembayaran tanpa tunai.”

“Sudah hampir 30 tahun mereka memimpin negeri ini. Hanya pada tahun 2024 mereka mempertimbangkan untuk membawa mesin ATM ke kawasan tersebut,” ulas seorang netizen lain dengan nada sinis.

Walaupun usaha memperkenalkan mesin ATM dan CDM di kawasan luar bandar seperti DUN Gual Ipoh adalah satu langkah yang baik untuk memudahkan urusan penduduk, cara pengumuman tersebut dilakukan telah menimbulkan pelbagai reaksi.

Sesetengah pihak melihatnya sebagai satu bentuk kemajuan, manakala yang lain mengkritik kelewatan dan cara perasmian tersebut diadakan.

Keperluan untuk meningkatkan kemudahan asas di kawasan luar bandar tidak boleh dinafikan.

Namun, dalam era digital ini, kemudahan seperti mesin ATM dan CDM mungkin tidak lagi dianggap sebagai satu pencapaian besar di kebanyakan tempat, terutamanya di bandar-bandar besar yang sudah lama beralih kepada pembayaran digital dan masyarakat tanpa tunai.