Adun Manjoi turun padang santuni rakyat

Adun Manjoi turun padang santuni rakyat

ADUN Manjoi, Asmuni Awi menegaskan agar memaklumkan kepadanya jika ada rakyat di dalam Dun tersebut yang lapar dan kehabisan beras dan makanan.

Menurutnya, beliau dan Pusat Khidmat DUN Manjoi sentiasa turun padang menyantuni dan mendengar jerih perih masyarakat.

Menurutnya, beliau berusaha membantu golongan yang sangat memerlukan.

“Di Dun Manjoi, saya dan Pusat Khidmat sentiasa turun padang dan berusaha membantu golongan yang sangat memerlukan.

“Tekad saya, tidak ada rakyat yang lapar, tidak ada yang kehabisan beras dan makanan.

“Jika ada rakyat di Dun Manjoi yang menghadapi situasi ini, sila beritahu saya,” katanya di laman Facebooknya.

Pengerusi AMANAH Perak itu berkata, dalam suasana pandemik dan ekonomi yang tidak menentu ini, rakyat daripada pelbagai lapisan sangat tertekan dan terbeban.

Katanya, ramai dari kalangan rakyat pendapatannya terjejas, tidak kurang yang hilang punca pendapatan.

Sumber: Perak Insights