Aduan pelajar didakwa tidak diendahkan pihak Universiti buat netizen berang, nasib baik bomba cepat
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @ArepAshari meluahkan rasa kecewa kerana adiknya terpaksa berdepan detik cemas apabila kipas di dalam bilik asramanya terbakar di sebuah universiti tempatan.
Menerusi perkongsian tersebut, sekumpulan anggota bomba berjaya menangani situasi dengan cekap dan tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian kebakaran itu.
Kau bagi bilik lain, nak suruh duduk bilik yg sama? Kau panggil maintenance and pengurusan kau dtg jadi cleaner. @UniversitiMalay @KemPelajaran @RadziJidin pic.twitter.com/Er8kRVaH24
— Arep (@ArepAshari) May 12, 2022
Difahamkan, tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan asrama walaupun aduan telah dibuat sebanyak dua kali sehinggalah berlaku kebakaran. Selepas kejadian, adiknya bersama rakan sebilik telah diberikan bilik baharu dan kos akan di ‘refund’ oleh pihak universiti.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan pengurusan universiti terbabit kerana tidak mengambil aduan secara serius sehingga perkara ini terjadi.
Zaba ni tahun ni je dah bape kali kes kebakaran, bomba pun rasanya dah hafal jalan nak ke sini😑 https://t.co/OQRwEho1zb
— fif. (@ffhzamri) May 13, 2022
This is my college but this happened in boy's block. Takutnya if this happens to me but I would like to admit the facilities in UM's college(mainly those that are built in 1960-1980 such as KK7,KK1) are in state of really need to be upgraded… https://t.co/OuAjFYEXQY
— fasyamoya parece amable💫🇲🇾 (@fasyamoya) May 13, 2022
Menteri KPT buat apa ni its students safety we’re talking about it’s not something that you can close an eye to. @DrNorainiAhmad https://t.co/dhSlmM7pKl
— Maximillian Lee 🏴 (@MaximillianLeen) May 13, 2022
Sampai 2 kali report tak ada org take action ek 🤡
Bilik yg terbakar ni dahla tingkat atas bilik aku je 🥲 https://t.co/ICB5OXZIQQ— leeeul (@nikeu__) May 13, 2022
Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan seharusnya kemudahan di asrama di selenggara agar tidak berlaku keadaan tidak diingini. Malah, ada juga pelajar yang mendakwa ini bukan kes pertama dimana beberapa kes kebakaran telah berlaku di kediaman yang diduduki oleh pelajar universiti terbabit.
Rata-rata netizen turut menzahirkan kebimbangan atas keselamatan para pelajar yang duduk di asrama jika kemudahan tidak diselenggara secara berkala. Para netizen berharap pihak universiti akan mengambil maklum hal ini dan memastikan kejadian seperti ini tidak terjadi.