“Buat apa malu, dia pun manusia..” – Azfar Heri tenang balas komen netizen malu kalau ada adik OKU

“Buat apa malu, dia pun manusia..” – Azfar Heri tenang balas komen netizen malu kalau ada adik OKU

 

Menjaga ahli keluarga yang berkelainan upaya (OKU) ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia juga mengajar sesuatu yang paling penting iaitu kesabaran.

Baru-baru ini, pempengaruh terkenal Azfar Heri berkongsi video berjalan-jalan bersama keluarga serta adiknya yang istimewa.

“Macam ni la kalau setiap kali keluar dengan Afif, kena ikut cakap dia dulu kalau tak nanti dia mengamuk.

Kita pun ikutkan la. Sekarang ni dia dalam fasa suka tengok barang barang rumah. Kita pun pening la dia mintak sofa baru,” tulisnya di aplikasi X.

Dalam video itu, Azfar berkongsi adik istimewanya itu perlu dituruti sebelum boleh membawanya makan bersama, telatah adiknya yang bernama Afif itu sangat comel dan menghiburkan.

Namun, ada individu tidak bertanggungjawab meninggalkan reply terhadap videonya itu, individu  berkenaan berkata dia akan berasa malu jika mempunyai adik sebegitu.

1 4

Meskipun komen tersebut sangat biadab namun pempengaruh itu tidak melatah sebaliknya membalas ciapan itu dengan begitu tenang.

2 4