Adik luah rasa bangga dengan Ruhainies, ikhlas hati maafkan penghina & pemfitnah
Adik Ruhainies iaitu Riesha Sharmin luah bangga terhadap kakaknya yang ikhlas hati maafkan penghina dan pihak yang menabur fitnah susulan kontroversi kes khalwat bersama pelakon Aliff Aziz.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Riesha di IG storynya, dia yang mengerjakan umrah bersama kakaknya itu akui sangat menghormati Ruhainies kerana kekal mendiamkan diri selepas apa yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Saya tidak begitu suka nak tulis esei tapi hari ini saya rasa nak menaip! Jadi baru-baru ni saya ada berbual dengan dia (Ruhainies).
“Hari ini hari terakhir kami sebagai tetamuNya, kepada kakakku..saya sangat menghormati awak. Awak kekal mendiamkan diri selepas apa yang berlaku.
“Awak beritahu saya sudah memaafkan semua orang (penghina) yang berkata kesat terhadap awak. Fitnah berlaku sana, sini.
“Saya bangga dengan awak, untuk menjadi ikhlas dalam memaafkan orang lain tanpa menghebahkan kepada dunia adalah perkara terbaik, Subhanallah. Semoga Allah makbulkan segala doamu,” katanya.
Dalam pada itu, keluarga dan rakan rapat akan sentiasa berada di sisi Ruhainies untuk meneruskan kehidupan meskipun orang ramai tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku.
“Allah, keluarga, kawan baik dan saya akan sentiasa ada untuk awak sebab kami tahu apa yang orang tak tahu. Tak mengapa, tolong bersabar seperti sekarang dan hari baik akan datang, insya-Allah. Saya sayangkan awak,” ujarnya.
Terdahulu, Bella Astillah mendedahkan yang suaminya, Aliff Aziz lebih 8 kali ke Pavillion Suites yang mana lokasi tersebut adalah tempat dia ditangkap khalwat bersama selebriti, Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Apa yang lebih mengejutkan ramai, terdapat rakaman perbualan tidak senonoh antara mereka yang diletakkan oleh Bella di dalam kereta.