Adik dedah gambar kahwin Jahidah Nordin, direstui keluarga tapi penuh dengan penipuan

Adik dedah gambar kahwin Jahidah Nordin, direstui keluarga tapi penuh dengan penipuan

 

Musibah yang menimpa Jahidah Nordin akibat perbuatan suaminya sendiri, pasti masih segar dalam ingatan kita semua.

Walaupun belum pernah merasai dakapan daripada ibu tercinta, namun ‘bayi ajaibnya’ bernama Nufail kini membesar dengan sihat dan sudah masuk usia 10 bulan.

@ziahzara_15

anak hebat ibu..#mangsaderasuamidayus #nufailfamily #braindamage #babyjahidah #eshannufail #babyajaib #ziahzara

♬ suara asli – Roni Ramadhan – Roni Ramadhan

Dah setahun lebih berlalu, kehidupannya hanya di atas katil…dari hidup normal, dijadikan cacat oleh suami

Sejak peristiwa hitam 4 Mei 2021, Fauziah Nordin menjelaskan kakaknya yang berusia 44 tahun itu telah mengalami kecederaan serius pada kepala, rusuk serta tulang belakang.

Memandangkan kini terlantar di atas katil sahaja, ahli keluarga selalu menguruskan Jahidah dan Nufail termasuklah hadir ke mahkamah bagi mengikuti sesi perbicaraan ‘suami durjana’ tersebut.

@ziahzara15

Replying to @momfor2af doakan ada keadilan untuk kak jahidah..🤲🤲#mangsaderasuamidayus #braindamage #ziahzara #babyajaib #babyjahidah #eshannufail

♬ original sound – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾 – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾

@ziahzara_15

moga aku kuat..🥺#mangsaderasuamidayus #braindamage #oku #eshannufail #babyjahidah #ziahzara

♬ ADISTA Luka Disini – TSG ⭐ MR⭐AL

Perkahwinan dengan restu daripada keluarga, tapi dicemarkan dengan beribu penipuan…musnahkan kakak seumur hidup oleh lelaki ini

Baru-baru ini, Fauziah juga throwback beberapa foto sewaktu acara pernikahan antara kakak dan abang iparnya pada 7 September 2020.

Ujarnya, ketika itu perkahwinan tersebut telah pun mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Walau bagaimanapun tidak sampai setahun, dia mendakwa rumah tangga Jahidah Nordin telah dicemari banyak penipuan daripada suaminya.

Paling menyayat hati, ia turut memusnahkan kehidupan ibu Nufail sepanjang hayatnya.

Direstui Keluarga Tapi Penuh Penipuan, Adik Dedah Gambar Kahwin Jahidah Nordin 2

@ziahzara_15

💔💔#ziahzara #braindamage #mangsaderasuamidayus #babyjahidah #babyajaib

♬ original sound – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾 – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾

Cantiknya Jahidah Nordin, semoga dapat keadilan suatu hari nanti…laki tu harap muka je nampak baik, tapi tergamak aniaya wife sendiri

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan dimiliki oleh Jahidah Nordin meskipun usianya sudah menjangkau 40-an ketika bergelar pengantin.

Sambil berdoa agar keadilan dapat ditegakkan, mereka turut tidak menyangka suaminya menjadi punca penderitaan yang terpaksa ditanggung sehingga kini.

Direstui Keluarga Tapi Penuh Penipuan, Adik Dedah Gambar Kahwin Jahidah Nordin 3

Direstui Keluarga Tapi Penuh Penipuan, Adik Dedah Gambar Kahwin Jahidah Nordin 4

Direstui Keluarga Tapi Penuh Penipuan, Adik Dedah Gambar Kahwin Jahidah Nordin 5

Direstui Keluarga Tapi Penuh Penipuan, Adik Dedah Gambar Kahwin Jahidah Nordin 6