Adik beradik sanggup menyelinap tengah malam untuk berzina dalam bilik

Adik beradik sanggup menyelinap tengah malam untuk berzina dalam bilik

 

Adik-beradik merupakan anggota keluarga yang saling memerlukan dalam sebuah institusi keluarga.

Namun, saling memerlukan hingga menyebabkan sumbang mahram adalah perkara yang perlu diawasi oleh ibu bapa.

Seorang pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menceritakan mengenai kisah adik-beradik yang melakukan sumbang mahram akibat ketagihan video lucah.

Tanpa pengetahuan ibu bapa

Menerusi perkongsian ustazah tersebut, adik-beradik ini mula melakukan hubungan terlarang tersebut di rumah tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

Disebabkan oleh ketagihan video lucah, adik-beradik itu sanggup menyelinap ke dalam bilik pada tengah malam untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

Saya rasa itu sahaja caranya, kalau saya atau adik saya duduk asrama, kami boleh berhenti. Tapi kami tak boleh berhenti sebab kami duduk di satu rumah. – Salah seorang dari adik beradik

Permintaan adik-beradik itu untuk tinggal di asrama ditolak oleh kedua ibu bapa mereka, dengan alasan tidak mahu berjauhan dengan anak-anak. Haih, apa pandangan netizen mengenai hal ni?