Adik Bella hadir ke mahkamah bagi prosiding pengecaman hari ini

Adik Bella hadir ke mahkamah bagi prosiding pengecaman hari ini

 

Remaja sindrom down atau lebih dikenali sebagai Bella akhirnya hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini bagi prosiding pengecaman.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamed berkata, selain Bella lima lagi saksi kanak-kanak dijadual hadir ke mahkamah hari ini bagi prosiding yang sama.

Dalam pada itu, turut hadir saksi pendakwaan Zurianty Sudin, Pegawai Penyelidik Undang-Undang, Suhana Zam dan Yasmin Nahar Mahmood.

Bella dilaporkan tiba di Mahkamah Sesyen di sini kira-kira pukul 9.40 pagi tadi.. Bella sebelum ini sudah dua kali gagal hadir ke mahkamah bagi prosiding pengecaman kerana demam.

Peguam pemerhati yang mewakili Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung beberapa perkara yang dilihat ‘tidak harmoni’ dalam perbicaraan kes remaja sindrom down itu.

Untuk prosiding hari ini, Suhana dijadual menyambung sesi pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan selepas sesi perbicaraan tamat kira-kira pukul 3.30 petang semalam selepas mengadu tidak sihat kepada hakim.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.