“Ada sampai bercatu-catu makan..” – Ibu bapa terkilan isteri cikgu buang hadiah Hari Guru berharga RM2

“Ada sampai bercatu-catu makan..” – Ibu bapa terkilan isteri cikgu buang hadiah Hari Guru berharga RM2

 

Ramai ibu bapa terkilan dengan kenyataan seorang wanita yang mendakwa dia adalah isteri kepada seorang guru.

Murid memberikan guru hadiah pada Hari Guru sudah menjadi amalan yang popular di Malaysia. Malah ada yang sanggup membelikan guru kesayangan mereka set barang kemas Habib Jewels.

Mahal atau tidak hadiah itu, paling penting murid tersebut dapat menyatakan penghargaan mereka kepada guru mereka. Namun begitu, ada isteri guru yang tidak selesa dengan hadiah murahan. Menurutnya lebih baik berikan dia hadiah barang makanan.

Isteri guru tersebut menegaskan bahawa dia akan membuang sahaja hadiah Hari Guru yang bernilai RM2 atau bingkai yang diterima suaminya.

Wanita itu menulis: “Saya isteri guru, suka dapat benda benda makanan macam ni. Saya boleh masak. Cikgu lelaki kalau dapat hadiah daripada murid bukan kisah sangat pun.

“Mereka akan bawa balik longgok kat rumah, kita yang isteri ni yang pening melihatnya. Dapat frame atau barang barang RM2 saya buang sahaja. Pening kalah tengok banyak sangat,

“Dapat jam dining kedai RM2 ada lah juga gunanya.

“Dapat bunga kantan, lada cili bungkus plastik pasar pun ok. Saya suka.”

Netizen agak kecewa dengan kenyataan tersebut. Kerana menurut mereka, ada usaha yang dibuat oleh murid dan ibu bapa untuk mencari hadiah dan kemudian ada yang membungkus sendiri hadiah itu.

Ada yang membalas: “Maaf cakap, yang memberi tu dengan amat berbesar hati nak beri yang cantik di mata mereka, dah sehabis ikhlas. Tetapi apabila yang menerima pula boleh berkata kata dalam hati ‘semak’. Boleh cuba nilai semula hati tu di mana letak ikhlasnya.”

Netizen yang lain pula cuba membayangkan perasaan murid yang sudah memberikan hadiah kepada guru tersebut. Sambil berpendapat, ada sesetengah perkara tak perlu untuk dikomen di media sosial.

Illa Suhyela pula mencadangkan agar budaya memberikan guru hadiah pada Hari Huru ini boleh dimansuhkan. Ini kerana usaha dan kudrat ibu bapa dan murid seolah olah tidak dihargai. Cukuplah selepas ini, hanya dengan jamuan dan bersalaman.

Walaupun ada isteri guru yang cakap dia semak dengan hadiah RM2, namun ada juga yang menyatakan mereka sangat menghargai dan sangat suka mengumpul hadiah yang suami mereka terima.